HEP Unisel
11/06/2026
Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa kita kadang-kadang menafikan masalah, menyalahkan orang lain, atau bergurau ketika sedang tertekan?
Itulah yang dipanggil Mekanisme Pertahanan Diri — cara minda melindungi kita daripada tekanan, kebimbangan dan emosi yang sukar dihadapi.
✨ Ia bukan alasan.
✨ Ia bukan kelemahan.
✨ Ia adalah mekanisme psikologi yang normal.
Namun, semakin kita sedar tentang cara kita bertindak balas terhadap tekanan, semakin mudah untuk kita mengurus emosi dengan lebih sihat dan berkesan.
📌 Kenali 12 mekanisme pertahanan diri yang sering digunakan tanpa kita sedari.
Daripada
UNIT KAUNSELING & LATIHAN UNISEL (UKL)
11/06/2026
Kunjungan ke atas YB Puan Pang Sock Tao, ADUN Kuala Kubu Baharu di pejabatnya. Kunjungan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Hamdan ini turut menyerahkan surat kerjasama pemasaran, selain membincangkan ruang kerjasama antara kedua-dua belah pihak.
11/06/2026
Program Mahasiswa Budiman @ Komuniti kali pertama telah berlangsung di Pusat Masakan KEMAS Kampung Sungai Gulang-Gulang pada hari ini 9 Jun 2026.
Program Kelas Masakan ini merupakan anjuran Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Parlimen Tanjong Karang telah dihadiri oleh mahasiswa Unisel yang terdiri daripada pelajar program asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
Program ini memberikan peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari beberapa menu masakan sambil berinteraksi bersama masyarakat setempat. Pelajar berpeluang beramah mesra bersama tenaga pengajar KEMAS, peserta-peserta kelas masakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Selain itu, ketua kampung Sungai Gulang-Gulang juga mengambil kesempatan untuk menyantuni mahasiwa Unisel dan sangat teruja melihat kemeriahan dan keseronokan mahasiswa beraktiviti bersama masyarakat setempat.
11/06/2026
Prof. Madya Dr. Hamdan TNC PPJK mewakili YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merasmikan Seminar Keluarga PERMATA (Pemerkasaan Rumah Tangga) di LT 2, Unisel Shah Alam.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |