Akademi WaTan
10/06/2026
Sollu 'alan Nabiy
🔥🌎 SEMINAR BANGKIT PERADABAN TIMUR 🔥
Siri 1 @ Kuala Lumpur
Persediaan Menghadapi Perubahan Dunia
Dunia sedang menuju perubahan yang lebih besar daripada yang kita sangka - Bersediakan kita?
Bagaimana geopolitik diolah menuju Dunia Baru. Sejarah, nilai ketamadunan dan pembinaan insan memainkan peranan dalam menentukan arah tuju - Apakah persiapan kita?
Jawapannya ada di dalam "Seminar Bangkit Peradaban Timur - Persediaan Perubahan Dunia".
Jangan lepaskan peluang menyertai Siri Pertama Jelajah Bangkit Peradaban Timur — sebuah himpunan ilmu & kupasan fakta melalui perkongsian tokoh-tokoh pembicara dari perspektif Realiti Semasa, Akar sejarah dan Usul Diri dalam pembinaan peradaban.
📍 Siri 1 @ Kuala Lumpur
📅 21 Jun 2026 (Ahad)
🕘 9.00 pagi – 1.00 petang
🏛 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur
https://maps.app.goo.gl/g3V5kYyqRmMzsRNe9?g_st=ipc
Antara pengisian menarik:
✨ Dunia Menuju Perubahan – dari Timur ke Baitulmaqdis
✨ Menelusuri Sejarah dan Warisan Peradaban Nusantara
✨ Gagasan Alif Mim Sin Bina Insan Bangkit Peradaban
Ini hanyalah permulaan kepada siri jelajah seluruh negara.
Jadilah antara yang terawal menyertai gelombang kebangkitan ilmu dan peradaban ini.
🎟 Tempat duduk TERHAD
📝 Pendaftaran :
Daftar Sekarang!
https://nuranirelief.onpay.my/order/form/sumbanganbangkit
📞 Sebarang pertanyaan :
En. Rizal – +6012 488 5391
Ayuh hadir, dengar, fikir dan menjadi sebahagian daripada kebangkitan peradaban Timur!
08/06/2026
Sollu 'alan Nabiy
9 HARI LAGI
Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat
“KEDAULATAN UNDANG-UNDANG”
— Prinsip Keempat Rukun Negara
Kedaulatan undang-undang merupakan antara asas penting dalam membina sebuah negara yang aman, adil dan sejahtera. Apabila keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat, kedudukan atau darjat, maka lahirlah masyarakat yang saling menghormati dan hidup dalam keharmonian.
Rasulullah ﷺ turut mengingatkan umatnya tentang pentingnya keadilan dalam sabda Baginda:
“Sesungguhnya orang sebelum kamu binasa kerana apabila orang mulia mencuri mereka membiarkannya, tetapi apabila orang lemah mencuri mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.”
— Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Hadis ini mengajarkan bahawa keadilan hendaklah ditegakkan secara saksama tanpa pilih kasih. Inilah antara nilai yang menjadi teras kepada kestabilan negara dan kesejahteraan masyarakat.
📅 17 Jun 2026
📍 Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor
22/05/2026
Sollu 'alan Nabiy
SIARAN MEDIA
Dari Bukit Bintang Berselawat 3.0 ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat
Selangor | Mei 2026
Gelombang kecintaan kepada Rasulullah SAW yang dizahirkan melalui program Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini diteruskan menerusi sebuah lagi himpunan penuh mahabbah iaitu “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” yang bakal berlangsung pada Sabtu, 6 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.
Program ini membawa semangat penyatuan ummah melalui selawat, pengukuhan jati diri bangsa serta memperkasakan hubungan antara rakyat dan Institusi Raja sebagai tunjang penting dalam pembinaan Peradaban Islam di negara ini.
Intipati & Aspirasi Program
1. Menyambung Gelombang Cinta Rasulullah SAW
Jika Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi simbol penyatuan masyarakat pelbagai lapisan di tengah kota melalui cinta kepada Nabi Muhammad SAW, maka Malam Berselawat Menjunjung Daulat hadir membawa roh kesinambungan tersebut ke arah pembinaan masyarakat yang lebih beradab, bersatu dan berteraskan Islam.
2. Mengukuhkan Hubungan Istana dan Rakyat
Program ini menjadi usaha memperkukuh hubungan antara Istana dan rakyat dalam semangat saling berganding membina bangsa yang berteraskan Ketauhidan, penghayatan tasawuf, kesatuan ummah serta kedaulatan Institusi Raja dalam membina Peradaban Islam.
3. Memelihara Jati Diri Bangsa Melayu-Islam
Malam berselawat ini turut mengangkat kembali nilai adab, warisan dan identiti bangsa Melayu-Islam agar tidak tenggelam dalam arus budaya luar yang semakin menghakis jati diri generasi masa kini.
4. Memartabatkan Bahasa Melayu dan Budaya Bangsa
Keutamaan terhadap Bahasa Melayu Istana, adab budaya bangsa serta pengukuhan ilmu agama amat penting dalam membentuk kepimpinan berwibawa yang dekat dengan akar tradisi dan nilai Islam. Pengaruh budaya luar yang keterlaluan sehingga menghakis kefasihan generasi muda terhadap Bahasa Melayu serta melemahkan penguasaan bahasa ibunda wajar diberi perhatian demi memelihara maruah bangsa dan warisan negara.
5. Membina Generasi Pewaris Berjiwa Peradaban
Generasi pewaris kepimpinan negara perlu diperkukuh dengan kefahaman agama, sejarah bangsa serta kebudayaan masyarakat pelbagai kaum supaya benar-benar menjadi tiang agama dan payung kepada seluruh rakyat.
Penutup
Semoga program ini menjadi titik penyatuan hati, menghidupkan kembali semangat cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, menjunjung Institusi Raja berlandaskan syariat serta membina masa depan negara yang berteraskan iman, adab dan peradaban.
Sekretariat Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Shah Alam