Koolit - Natural Skin Solution

Koolit - Natural Skin Solution

Share

06/06/2022

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.

Tanda-tanda

Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :

1. Keguguran sisik pada kulit
2. Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
3. Gatal tetapi pada tahap yang minima
Jenis-jenis psoriasis
1. Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
2. Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
3. Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
4. Psoriasis bahagian lampin
5. Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

1. Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
2. Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.
Pelembab

1. Ia adalah penting untuk menjaga kulit yang terlibat lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
2. Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak
3. Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
4. Sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi

Ubatan dan krim

Doktor akan memberi ubatan seperti :

1. Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
2. Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
3. Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA

Photos from Koolit - Natural Skin Solution's post 04/06/2022

Feedback dari pengguna Cream Koolit🥰

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


No 42 Jalan Setia Permai U13/42M Setia Alam
Shah Alam
40170