Learning Al-Quran

Learning Al-Quran

Share

23/09/2021

JOM BELAJAR HUKUM TAJWID

IKHFA’ HAQIQI (إخفاء حقيقي)

1- Ikhfa' pada bahasa ertinya menyembunyikan.

2- Pada istilah ia membawa maksud menyembunyikan nun mati atau tanwin antara bunyi izhar (jelas/terang) dan idgham (masuk) tanpa tasydid (sabdu).

3- Dengan kata lain , hilangkan sifat dan makhraj nun tetapi kekalkan dengungnya pada kadar 2 harakat.

4- Dinamakan Ikhfa’ Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah.

5- Ikhfa’ Haqiqi ada tiga (3) martabat (peringkat):

a) Martabat Tertinggi (Dekat) :
Ikhfa' Haqiqi/ Kubra/ A'la/ Aqrab

- iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf To’, Dal dan Ta’ kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah.

b) Martabat Pertengahan :
Ikhfa' Haqiqi Wusto/ Ausat

- Iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf Tha’, Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha’ dan Fa’ kerana makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat terendah) Nun Sakinah.

c) Martabat Terendah (Jauh) :
Ikhfa' Haqiqi Akbar/ Sughra/ Adna/ Ab'ad

- Iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah (sudah hampir ke halqum).

Wallahu'alam

17/06/2021

Jawapan Daripada Istikharah yang kita buat.

11/06/2021

Azan Yang Paling Merdu❤. Jarang didengari.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Shah Alam