Klinik Rohana

Klinik Rohana

Share

21/10/2024

Osteoporosis adalah satu penyakit yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh, sehingga meningkatkan risiko tulang patah. Penyakit ini berlaku apabila kadar penggantian tulang lama dengan tulang baru menjadi lambat, menyebabkan ketidakseimbangan dan penurunan kepadatan tulang.

24/05/2024

Quote of the day,

Self-care is not selfish. You cannot serve from an empty vessel.

— Eleanor Brown

22/05/2024

Wishing you a Wesak Day filled with tranquility, happiness, and spiritual growth 🪷

20/05/2024

Mei adalah Bulan Kesedaran Penyakit Arthritis

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.

Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

* Kerosakan Sendi
* Jangkitan kuman
* Penyakit yang diwarisi
* atau sebab-sebab lain

Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

* Osteoarthritis (OA)
* Arthritis rheumatoid
* Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
* Gout

17/05/2024

Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.

15/05/2024

Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa. Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal.

Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.

13/05/2024

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.

Asma juga boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat. Inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda, faktor risiko dan pencegahan penyakit ini.

10/05/2024

Quote of the day,

No matter how hard life gets, never give up on yourself.

— Unknown

08/05/2024
06/05/2024

Malangnya ramai yang mempunyai persepsi negatif terhadap penyakit mental dan masalah kesihatan berkaitan mental. Perbuatan melabel individu tersebut sebagai gila, ganas dan mengada-ngada boleh menyumbang kepada perkara yang lebih buruk.

Perbetulkan persepsi yang salah dengan memahami fakta yang betul. Orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka atau memberi galakan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan professional.

03/05/2024

Mei adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Mental

Setiap individu terdedah kepada masalah kesihatan berkaitan mental tanpa mengira usia dan jantina. Oleh itu, tingkatkan kesedaran dalam diri agar anda lebih bijak menanganinya jika ia berlaku kepada diri sendiri atau insan tersayang.

01/05/2024

Setiap tahun, seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei.

Careclinics ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di pelbagai sektor sama ada sektor awam mahupun swasta. Semoga terus komited untuk berbakti kepada tanah air tercinta.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00