SafeFi+

SafeFi+

Share

21/03/2026

SafeFi+ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua 🀝

Semoga raya kali ini penuh dengan kebahagiaan, keberkatan, dan juga portfolio yang padu πŸ“ˆπŸ’°

Crypto bukan sekadar tentang trading atau keuntungan jangka pendek. Ia adalah satu evolusi sistem, membuka peluang kepada kewangan yang lebih telus, inklusif, dan tanpa sempadan.

Seperti mana kita berhijrah ke arah yang lebih baik, begitulah juga masa depan kewangan yang sedang kita bina bersama.

Dalam semangat Syawal yang penuh keberkatan ini, SafeFi+ ingin meraikan bersama komuniti crypto dengan sesuatu yang istimewa πŸ’°

Kami akan mengedarkan duit raya dalam bentuk Red Packet πŸ’– (crypto) khas untuk anda semua! πŸ’š

πŸ“’ Nantikan pengumuman lanjut di channel rasmi kami. On notification dan jangan terlepas!

❀️ Follow https://t.me/cryptospace_my

20/08/2025

Revolusi Kewangan: Dari Barter ke Mata Wang Digital

Sejarah kewangan manusia merupakan perjalanan panjang yang penuh dengan inovasi. Ia bermula dengan cara yang paling asas – pertukaran barang sesama manusia – dan berkembang sehingga wujudnya mata wang digital hari ini. Perjalanan ini bukan sahaja mencerminkan keperluan manusia dalam urusan ekonomi, tetapi juga menyingkap bagaimana teknologi dan kepercayaan membentuk sistem kewangan global.

1. Sistem Barter

Sebelum wujudnya wang, masyarakat menggunakan sistem barter. Barter bermaksud pertukaran barang dengan barang lain – contohnya gandum ditukar dengan kambing. Walaupun mudah, sistem ini mempunyai kelemahan besar iaitu double coincidence of wants – kedua-dua pihak mesti saling memerlukan barang yang ditawarkan. Inilah yang membuka jalan kepada pencarian bentuk mata wang yang lebih praktikal.

2. Emas dan Perak

Untuk mengatasi kelemahan barter, manusia mula menggunakan logam berharga seperti emas dan perak. Nilainya stabil, sukar rosak, dan diterima secara meluas. Pada zaman tamadun Mesir, Rom, serta dunia Islam, emas dan perak menjadi asas utama perdagangan. Malah, sistem dinar emas dan dirham perak menjadi simbol kestabilan kewangan.

3. Syiling Logam (Metal Coins)

Kemudian, logam berharga ini ditempa menjadi syiling. Syiling logam lebih mudah dibawa, dibahagi, dan disahkan. Setiap kerajaan atau empayar meletakkan cop rasmi sebagai jaminan nilai. Ini menambah keyakinan masyarakat untuk menggunakannya dalam perdagangan, sekaligus memperkukuh sistem ekonomi pada zaman itu.

4. Wang Kertas (Paper Money)

Perkembangan perdagangan antarabangsa membawa kepada penggunaan wang kertas. Ia bermula di China sekitar abad ke-7 dan kemudian merebak ke Eropah. Wang kertas pada awalnya disokong oleh simpanan emas dan perak di bank, dikenali sebagai gold standard. Namun, dengan masa, wang kertas menjadi fiat money – nilainya wujud kerana kepercayaan masyarakat kepada kerajaan dan bank pusat, bukan kerana sandaran emas.

5. Kad Plastik (Plastic Card)

Abad ke-20 menyaksikan revolusi baru dengan kemunculan kad plastik – kad debit dan kad kredit. Kaedah ini menggantikan keperluan membawa wang tunai dalam jumlah besar. Kad membolehkan transaksi lebih pantas, selamat, dan praktikal. Ia juga memperkenalkan konsep β€œkredit moden” yang mengubah cara manusia berbelanja dan berhutang.

6. Wang Elektronik (Electronic Money)

Dengan kemajuan internet dan teknologi komputer, wujud p**a wang elektronik. Ini termasuk perbankan dalam talian, e-wallet, dan sistem pembayaran seperti PayPal, Alipay, dan GrabPay. Wang tidak lagi bersifat fizikal tetapi wujud dalam bentuk digital, boleh dihantar ke seluruh dunia hanya dengan beberapa klik.

7. Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)

Revolusi kewangan kini berada pada tahap tertinggi dengan kemunculan mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum dan ribuan lagi. Berbeza dengan wang tradisional, kripto berasaskan teknologi blockchain – sistem yang terdesentralisasi, telus, dan tidak dikawal oleh mana-mana kerajaan. Ia memberikan kebebasan penuh kepada pengguna, membolehkan transaksi rentas sempadan tanpa perantara. Malah, ia membuka jalan kepada inovasi baru seperti kontrak pintar (smart contracts), DeFi, dan tokenisasi aset.

Secara kesimp**annya, revolusi kewangan daripada barter hingga cryptocurrency menunjukkan satu perkara penting – manusia sentiasa mencari sistem kewangan yang lebih efisien, selamat, dan dipercayai. Dari sekadar menukar kambing dengan gandum, kini dunia menuju kepada transaksi digital sepantas beberapa saat sahaja. Masa depan kewangan akan terus berubah, mungkin ke arah yang lebih canggih seperti mata wang digital bank pusat (CBDC) dan integrasi kecerdasan buatan dalam sistem pembayaran.

Apa pun bentuknya, wang tetap menjadi nadi peradaban manusia.

10/07/2025

Monetizing Blockchain & Cryptocurrency

Bagaimana ingin mendapatkan keuntungan dalam Crypto Space?
Pelbagai cara dalam Crypto Space ini kita boleh hasilkan keuntungan berupa duit atau aset digital yang mempunyai nilai.

Yang paling terkenal dan ramai orang terlibat adalah dengan berdagang dan melabur dalam Cryptocurrency, atau aset digital. Konsep paling mudah adalah "buy low and sell higher ". Sama ada untuk tempoh short term, swing atau long term bergantung strategi. Ya, sama macam market instrument yang lain seperti bursa saham, stock market, FCPO, Forex dll. Kemahiran yang diperlukan juga adalah lebih kurang sama iaitu dengan memahami fundamental dan technical sesuatu coin.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi cara untuk mendapatkan keuntungan. Admin cuba kongsikan secara ringkas;
1) Staking
- mendapat ganjaran apabila meletakkan sesuatu coin didalam Proof of Stake (PoS) blockchain untuk membantu operasi didalam network. The more you stake, the higher your potential rewards.

2) Yield farming
- mendapatkan ganjaran dan coin tambahan apabila kita memberi liquidity didalam DeFi platform melalui liquidity pools.

3) NFTs
- sekiranya anda seorang seniman/karyawan, boleh 'NFT'kan hasil seni anda dan jual di NFT marketplace. Atau anda juga boleh flipping NFT buy and sell pada komuniti peminat NFT tersebut.

4) Game-Fi (play-to-earn)
- Anda bermain game dan dapatkan reward/coin/token game tersebut yang boleh dijual di crypto exchanger.

5) Airdrop
- Anda boleh dapatkan airdrop berupa token sesuatu projek apabila anda melakukan tugasan2 (task) yang diberikan oleh developer. Biasanya perlukan sedikit modal untuk melakukan task yang diberi.

6) Mining
- Dengan mengunakan hardware tertentu (super computer) untuk menyelesaikan permasalahan cryptography dan sebagai ganjaran diberikan coin token tersebut.

Banyak lagi cara boleh buat duit dengan teknologi ni sebenarnya. Cuma cukuplah secara ringkas 6 cara diatas (selain trading) yang paling pop**ar dan kebanyakan orang boleh buat.

Bak kata jiran saya, "your eyes can't see what your mind doesn't know." Haa. Dapat sesuatu? Sebar2kan semoga ramai dapat manfaat. 😁

✊

Want your business to be the top-listed Shop in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Shah Alam

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30