Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI
12/06/2026
SHAH ALAM, 11 JUN 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PNSB Construction Sdn. Bhd. (PCSB) memeterai perjanjian konsortium secara rasmi pada hari ini bersama Titijaya Land Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya, NPO Builders Sdn. Bhd. (NPO). Kerjasama strategik ini bertujuan untuk melaksanakan pembinaan skim perumahan mampu milik di bawah projek Rumah Idaman.
Konsortium ini menggabungkan keupayaan taktikal PCSB di peringkat negeri serta kepakaran pembangunan hartanah yang dimiliki oleh NPO. Fokus utama konsortium ini adalah untuk membina ruang kediaman mampu milik yang berkualiti tinggi, sekaligus menyokong aspirasi dan usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperluas pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.
04/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-55.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sembah takzim daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan & Warga Kerja PNSB dan anak-anak syarikat.
04/06/2026
BUKIT JELUTONG, 3 Jun 2026 - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menerima kunjungan delegasi dari Wilayah Fergana, Uzbekistan ke Rumah Idaman Bukit Jelutong. Delegasi tersebut diketuai oleh Mr. Hayrullo Bozorov, Governor of the Fergana Region of Uzbekistan, bersama Dr. Karomiddin Gadoev dan Mr. Nuriddin Mamajonov, Deputy Governor of Fergana Region.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pembangunan perumahan mampu milik yang dilaksanakan menerusi projek Rumah Idaman Bukit Jelutong serta memahami pendekatan pembangunan yang diterapkan oleh PNSB dalam menyediakan kediaman berkualiti dan berdaya huni untuk masyarakat. Delegasi turut diberikan taklimat mengenai konsep pembangunan, kemudahan yang disediakan serta inisiatif yang dilaksanakan bagi menyokong agenda pemilikan rumah di Negeri Selangor.
Kunjungan ini mencerminkan hubungan yang erat serta membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan perkongsian amalan terbaik dalam aspek pembangunan perumahan, perancangan bandar dan pembangunan komuniti yang mampan antara kedua-dua pihak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Tingkat 16, Menara Naza TTDI, No. 11, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13
Shah Alam
40100