ISMA Kota Raja

ISMA Kota Raja

Share

Photos from ISMA Kota Raja's post 20/03/2026

✨ Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutupan Geng Mengaji ✨

📖 Majlis Khatam & Tadabbur Al-Quran
📅 14 Mac 2026 |
📍 SRI Darul Mutaadibin, Teluk Panglima Garang

“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

💜 Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga kita terus istiqamah bersama Al-Quran 🤍

📸 Majlis Khatam Al Quran Geng Ngaji Kelab Anak Anak Hebat NAZIM Kota Raja

19/03/2026

Malam ini...
Ramadan melambai pergi.
30 hari kita bersama Al-Quran.
30 hari kita bersama komuniti.
30 hari Allah lembutkan hati kita dengan ayat-ayat-Nya.

Tapi ingat , Quran bukan hanya untuk Ramadan.
Komuniti bukan hanya untuk terawih dan iftar bersama.

Allah berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan... mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi."
(Surah Fatir: 29)

Biar Ramadan ini bukan titik akhir, tapi titik mula kita jadi insan yang lebih baik, bersama komuniti yang saling menguatkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Taqabbalallahu minna wa minkum.

15/03/2026

🌙 BERBAKI 4 MALAM, MALAM-MALAM GANJIL

4 malam lagi.
Nabi ﷺ bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadan."

Malam ganjil akan datang, jangan lepaskan.
Hidupkan dengan ibadah. Kurangkan tidur. Perbanyak zikir.

13/03/2026

BERBAKI 6 MALAM, PECUTAN QURAN

6 malam lagi.
Bila kali terakhir kita duduk bersama Al-Quran — bukan sekadar baca, tapi rasa?

Malam ini, buka Quran.
Baca perlahan. Hayati maknanya.
Biar ayat-ayat Allah menyentuh hati yang mungkin sudah lama keras.

6 malam. Jom khatam bersama.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


13-1, Jalan Tanjung Rhu 30/165, Seksyen 30
Shah Alam
40460