Coach Hanafi - Coach Trader

Coach Hanafi - Coach Trader

Share

05/04/2026

2,500pips untuk Mac 2026.
Kiraan 2,500pips x 0.40 = 1,000.

Pembelajaran secara personal dibuka.
https://wasap.my/60183508425/HiPC
t.me/tradergold3005

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

27/02/2026

Bermula dengan satu iklan di media sosial. Anda tertarik dengan cara buat duit melalui Internet yg tak perlu berjumpa dengan orang. Segalanya cuma antara anda, skrin telefon / laptop & lilin² pada graf.

Anda tekan butang 'Buy' & dalam lima minit, akaun anda bertambah 50USD. Anda tersenyum sendiri.

"Kenapa orang kata susah? Senang.. 😊" Bisik hati anda. Malam itu, anda tidak boleh tidur. Anda mula membuka kalkulator currency, "50USD ni bersamaan RM190 gaji hari ni.."

Kemudian anda mengira akaun secara kompaun 10% sehari. Dalam masa 6 bulan, anda sepatutnya sudah boleh meletakkan jawatan. Anda mula melayari laman web kereta mewah, memilih warna interior kulit untuk kereta idaman.

Anda rasa seperti orang paling bijak di dunia.

Tapi pasaran tak pernah tidur tenang. Satu malam, satu lilin merah panjang menjunam. Anda tahu ada news waktu itu, tapi anda tak tahu apa patut buat. Keuntungan seminggu lebur dalam masa 5 minit.

Anda panik. Tapi mujur masih tinggal modal asal. Anda pun "balas dendam" dengan menggandakan saiz lot. Keputusannya? Margin Call.

Semua duit anda telah ditelan & meninggalkan beberapa Sen USD dalam akaun.

Beberapa hari anda cuba menyembuhkan perasaan yg disakiti. Kemudian anda mula taksub mencari jawapan. Anda beli indikator "ajaib", sertai kump**an signal berbayar & menghadap skrin 18 jam sehari mencari Holy Grail.

Tapi tetap tak berjaya..

Anda tak berputus asa. Tapi sebab kekurangan wang, anda mula swipe kad kredit. Membuat deposit baru dengan harapan kali ini "teknik killer" akan selamatkan segala yg telah rugi.

Tapi, lampu indicator yg memberi arahan "sekarang boleh Buy", tiba² hilang lampunya bila harga semakin ke dalam. Tapi bila harga benar² naik, lampu indicator itu tetap ada.

Maka faham lah anda.. Indicator ini 'habit' nya bagaimana.. Patut lah tengok graf lepas, cantik saja indicator ini predict. Ia umpama signal provider yg memadam signal yg salah di channel telegram. Tapi mana signal yg menjadi dibiarkan.

Duit simpanan anda semakin susut.. Duit banyak habis.. Anda duduk di penjuru bilik. Melihat akaun yg tinggal beberapa Sen USD. Semangat hancur.

Saat anda mahu uninstall apps MT4, MT5 di telefon untuk selamanya, tiba² anda terlihat di sosial media trader² profesional yg wujud di negara anda.. Anda belek² apa yg dia buat tapi anda tak buat.. Baru anda sedar sesuatu..

Anda berhenti mencari teknik rahsia 100% profit. Anda mula faham apa kepentingan stop loss. Anda mula fahan tentang psikologi. Semua trader berjaya bukan trader yg entri gelojoh & 'menjahit' macam yg dilakukan influencer² di Tiktok.

Anda mula masuk trade dengan tenang. Setiap entri itu anda tahu berapa % risikonya ke atas balance. Anda entri seperti robot yg menjalankan tugas. Tak kisah stop loss, sebab kalau profit anda tahu untung akan mengatasi yg loss..

Kini anda trade dengan tenang. Risiko, reward semuanya seperti cabaran membawa jentera pergi ke destinasi yg dituju.

Perubahan akaun yg konsisten bukan berlaku semalaman, tapi berlaku dengan amaun ratus USD yg mula merangkak naik ke ribuan. Angka itu kemudiannya berubah menjadi belas ribuan.

Ketika ini anda ada satu aset yg 'cash flow' nya menyamai gaji tetap anda. Setelah beberapa bulan konsisten untung anda berdoa memohon pilihan yg anda buat ini adalah betul. Iaitu menghantar surat perletakan jawatan kepada atasan anda.

Anda tidak lagi desperate 'memecut' laju kerana inginkan duit cepat. Anda tidak lagi menjerit di dalam hati kerana MC atau untung. Anda kini seorang trader yg profesional.

Bila ada setup, anda entri kemudian tutup skrin & melayani keluarga. Anda privasikan kehidupan anda sekeluarga. Tapi kini anda boleh ke mana² kerana wang tak lagi memberi tekanan.

Hanafi Coach

24/02/2026

Semalam 584pips x 0.40 = 233.

Ini bukan entri layer². Setiap 1 position tu adalah 1 setup. Semalam saya ada 6 setup jadi ada 6 position.

Kenapa ada yg loss? Begitu lah hakikat sebenar trading. Tapi loss itu masih dalam julat terkawal iaitu 5% sahaja dari balance.

Saya tak gemar entri berlapis. Penat nak kena masukkan SL setiap satu. Kalau tengok dekat Tiktok, ada influencer yg entri berjahit. Cara ni memang akan rosakkan akaun..

Tapi yg menakjubkan, jumlah followers mereka sampai berbelas ribu.. Saya tengok pun ternganga.. Followers saya? Adalah 3 ratus orang.. Yg betul² tengok p**a adalah 15 orang..

Seperkara lain, saya cuma mampu trade maksimum 2 pair sahaja. 1 pair ini pun tak habis makan.. Iaitu XAUUSD & US30..

Kalau ada yg nak trade sampai 5 ke 7 pair, saya sarankan trade di time frame lebih besar seperti H4 atau Daily. Kalau trade di H1 tapi trade sampai 5 pair, saya risau hilang kawalan.

Nak dapat 50% ke 100% memadai 1 pair.

Kalau urus beberapa akaun, saya sarankan guna aplikasi lain. 1 akaun : 1 aplikasi.

Contohnya :

Akaun 1 : MT5.
Akaun 2 : MT4.
Akaun 3 : MT5 device lain.
Akaun 4 : MT4 device lain.

Sebab nak bertukar akaun dari MT5 ke akaun MT5 yg lain kadang² loading. Entri pada waktu yg tepat itu sangat PENTING.

Jadi masalah kalau patut Buy di paras sekian², tapi sebab terlewat entri, maka ter Entri Buy lebih atas. Atau pun ter Sell lebih bawah dari paras yg sepatutnya.

Dah karangan macam ada 3 tajuk p**a ya..
Bosan tak ye dengan penerangan saya?

*Lepas post jom ke masjid..

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40000