PIKDM
12/06/2026
π³π¬ ππππππ πππππ πππππππ πππππ | πππππππ
Alhamdulillah, ibadah korban 1447H bersama PIKDM di Nigeria telah berjaya dilaksanakan dengan izin Allah.
Tahun ini, pelaksanaan korban di Nigeria melibatkan:
π 2 ekor lembu
π 5 ekor kambing
Agihan korban telah dilaksanakan kepada komuniti yang memerlukan di Ibadan, Nigeria:
π Lembu 1
π Komuniti Masjid Djariyah, Ibadan
Peserta:
β’ Sariah Md Nor (7 bahagian)
π Lembu 2
π Komuniti Masjid Ar Rahim, Ibadan
Peserta:
β’ Sariah Md Nor (7 bahagian)
π 5 Ekor Kambing
π Komuniti Madrasah PIKDM, Ibadan
Peserta:
1. Freida Amat
2. Mohd Adnan Mohd Tahir
3. Wan Zalina Sharif
4. Shahril Reza Abdullah
5. Akmal Hisyam Tajjul Ariffin
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban para peserta, mengampunkan dosa-dosa mereka, melimpahkan keberkatan rezeki serta menjadikan amalan ini sebagai pemberat timbangan amal soleh di akhirat kelak.
Jazakumullahu khairan kepada semua peserta dan penyumbang yang terus mempercayai PIKDM dalam menyampaikan amanah ibadah korban kepada saudara-saudara yang memerlukan.
www.pikdm.org.my
12/06/2026
πΎπͺ ππππππ πππππ πππππππ πππππ | πππππ
Alhamdulillah, ibadah korban 1447H bersama PIKDM di Yemen telah berjaya dilaksanakan dengan izin Allah.
π 4 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan setempat.
Peserta Korban Yemen:
1.Freida Amat
2.Riyadh Bin Hussein
3.Sharifah Noor Ashikin Syed Aznal
4.Sharifah Noor Ashikin Syed Aznal
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban para peserta, mengampunkan dosa-dosa mereka, melimpahkan keberkatan rezeki serta menjadikan amalan ini sebagai pemberat timbangan kebaikan di akhirat kelak.
Jazakumullahu khairan kepada semua peserta dan penyumbang yang terus mempercayai PIKDM dalam menyampaikan amanah ibadah korban kepada saudara-saudara yang memerlukan.
www.pikdm.org.my
05/06/2026
πΈπ© LAPORAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN 1447H DI SUDAN
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang mengikuti sunnah Baginda hingga ke Hari Kiamat.
Pihak Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT ingin membentangkan laporan pelaksanaan Ibadah Korban 1447H/2026 di Sudan hasil amanah dan kepercayaan para peserta korban.
1. Ringkasan Pelaksanaan Korban
Alhamdulillah, pelaksanaan ibadah korban di Sudan telah berjaya disempurnakan dengan jayanya.
Jumlah haiwan korban yang telah dilaksanakan adalah:
π 3 ekor lembu
π 7 ekor kambing
Kesemua haiwan korban telah disembelih mengikut syariat Islam dan seterusnya diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
2. Kawasan Agihan & Cabaran Semasa
Sudan merupakan antara negara yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang serius akibat konflik dan ketidakstabilan yang berpanjangan.
Bagi memastikan manfaat korban sampai kepada golongan yang paling memerlukan, agihan telah difokuskan kepada:
β
Kawasan pedalaman Sudan yang jarang menerima bantuan luar.
β
Kem-kem pelarian yang menempatkan ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal serta sumber pendapatan.
Bagi sebahagian penerima, daging korban yang diterima merupakan antara hidangan terbaik yang dapat dinikmati sepanjang tahun.
Alhamdulillah, amanah para peserta korban berjaya disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Pihak urus setia juga ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran laporan. Keadaan capaian internet yang sangat terhad di beberapa kawasan serta cabaran logistik untuk memasuki kawasan pedalaman telah menyebabkan proses penghantaran maklumat dan dokumentasi mengambil sedikit masa.
3. Jaringan Kerjasama & Sinergi NGO
Kejayaan pelaksanaan program ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama pelbagai pihak.
Program korban di Sudan telah dilaksanakan melalui kerjasama erat antara PIKDM dan beberapa rakan strategik termasuk Alumni Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan.
Kerjasama ini amat membantu dalam memastikan proses penyembelihan, agihan dan pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur memandangkan para mahasiswa mempunyai pengalaman serta kefahaman yang baik terhadap keadaan dan keperluan masyarakat setempat.
4. Senarai Peserta Korban Sudan 1447H:
π Lembu 1
1.Mohd Ismail Bin Che Rus
2.Hasnah Binti Mohd Daud
3.Remli Bin Mohamed
2.Nik Fatimah Binti Nik Abdul Rahman
5.Nik Pitt Aminah Binti Nik Abdul Rahman
6.Muhammad Farhan Bin Zainal Malek
7.Ku Mesrawati Ku Mahmud
π Lembu 2
1.Nurul Amira Remli
2.Alyssa Diyana Binti Khairuzzaman
3.Farah Izyan Binti Mohd Hanafiah
4.Noor Haqim Bin Muhidin
5.Farah Amira Binti Mohd Hanafiah
6.Mohd Farhan Bin Mohd Hanafiah
7.Farah Nadia Binti Mohd Hanafiah
π Lembu 3
1.Mariam Abd Ghani
2.Nur Sofea Hasmira Azahar
3.Nik Fahimah Binti Nik Abdullah
4.Subiatha Binti Mohamed Yousof
5.Azlan Abu Hassan
6.Dahliatul Khariah Daud
7.Ida Rashada Daud
π Kambing
1.Freida Amat
2.Elya Lim Abdullah
3.Siti Zaiton Binti Mahmud
4.Nasir Masud
5.Mariah Binti Said
6.Mohd Irwan Bin Mohd Ismail
7.Halima Ikbal
Doa Buat Para Peserta Korban PIKDM 1447H
π€²π» Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terimalah ibadah korban daripada setiap peserta yang telah menginfakkan rezeki mereka melalui Program Korban PIKDM.
Gantikanlah setiap titisan darah korban yang mengalir dengan keampunan, rahmat dan keberkatan yang berpanjangan. Limpahkanlah rezeki yang halal dan diberkati, kurniakanlah kesihatan yang baik serta ketenangan dalam kehidupan mereka.
Jadikanlah setiap agihan daging korban ini sebagai asbab kegembiraan buat saudara-saudara kami yang sedang diuji di bumi Sudan dan jadikanlah ia juga sebagai saksi kebaikan yang memberatkan timbangan amal para peserta pada hari perhitungan kelak.
Tetapkanlah hati kami semua dalam ketaatan kepada-Mu dan himpunkanlah kami dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang mendapat keredaan-Mu.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Jazakumullahu khayran kepada semua peserta korban yang telah mengamanahkan ibadah korban mereka bersama PIKDM.
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban, melimpahkan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada semua peserta.
π Korban 1447H telah selesai dilaksanakan.
π± Bagi yang berhajat menyertai Korban 1448H, mulakanlah simpanan dari sekarang.
"Tidak akan sampai kepada Allah daging dan darah korban itu, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu."
(Surah Al-Hajj: 37)
www.pikdm.org.my
πSebahagian gambar yang sempat dirakam di Kem Pelarian dan juga di perkampungan Nile Abyat Sudan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
C-2-20, Jalan SP 11/2, Seri Pristana, Saujana Utama, Sg Buloh
Shah Alam
47000