MKB Homestay
Bilik No 4 : Bilik Studio dengan 2 Katil King .
07/04/2026
Bilik No 9 & 10.
Bilik studio 1 katil Queen. Ada pintu penghubung antara dua bilik. Sesuai untuk family dengan anak-anak. Parent satu bilik, anak2 bilik satu lagi. Atau untuk asingkan bilik anak lelaki dan perempuan.
Boleh juga di sewa berasingan
25/01/2026
Penginapan untuk rombongan satu bas!!
Alhamdulillah pada 23-24 Januari 2026 lepas kami telah menerima tetamu dari Kolej Uni Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan.
Mereka seramai 40 orang yang terdiri daripada 26 pelajar dan pensyarah wanita serta 14 lelaki dari Fakulti Syariah dan Muamalat, menaiki sebuah bas ekspress telah menempah 6 unit bilik di MKB Homestay untuk penginapan pelajar wanita dan sebuah rumah "MKB Homestay Villa " untuk penginapan pelajar lelaki.
Oleh kerana bilangan mereka yang ramai, kami telah menyediakan tilam tambahan bagi menambah kapasiti kemudahan tempat tidur sesuai dengan bilangan tetamu yang perlu menginap di homestay kami.
Alhamdulillah feedback yang kami dapat sangat menyenangkan. Bas juga ada tempat parking yang sesuai, tidak mengganggu jalan raya, serta mudah menurunkan dan menaikkan penumpang bagi meneruskan perjalanan.
Untuk rekod, mesej utama yang ingin disampaikan disini ialah :
1. homestay kami ada banyak bilik. Mampu menerima tetamu dan menyediakan penginapan untuk rombongan berkapasiti 40-60 orang dalam satu masa (setakat ini)
2. Kenderaan besar seperti bas dan lori ada tempat untuk parking yang selamat dan luas.
3. Kami sedia berbincang untuk custom kemudahan dan memberikan harga istimewa untuk keselesaan para tetamu di homestay kami.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
14, Lot 4552, Jalan Kampung Lombong Off Jalan Kebun Tambahan
Shah Alam
40460