Mukhtar Musa
02/12/2025
JEMPUT BACA:
Kemenangan Sulung PAS di Sabah: Refleksi Perjuangan 60 Tahun yang Membenihkan Hasil
Jika ditanya pada setiap dari ahli dan penyokong PAS, terutamanya dari negeri Sabah, tiada yang mampu diucapkan selain syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang memberikan kemenangan kepada PAS di Sabah. Melihat kepada video yang tular sejurus selepas keputusan diumumkan, tangisan YB Datuk Dr Aliakbar menggambarkan betapa kesyukuran yang tidak terhingga di sebalik menanggung tekanan kepada PAS yang ditanggung mereka sejak sekian lama.
Sesungguhnya, kemenangan sulung PAS dalam PRN Sabah pada 29 November lalu bukan sekadar kejayaan semasa, dan ia bukan juga kemenangan yang berlaku hasil usaha sehari-dua. Ia adalah penutup sebuah perjalanan panjang dan pembuka kepada sebuah lembaran baharu dalam sejarah politik Sabah dan perjuangan PAS di negeri di bawah bayu ini.
Jika diteliti kembali naskhah sejarah yang merekodkan usaha menubuhkan PAS Sabah sejak tahun 1961, kita akan sedar bahawa perjalanan ini bukan mudah dan ringan. Boleh dikatakan ianya bermula semenjak zaman Allahyarham Dr Burhanuddin al-Helmy. Ianya bermula ketika PAS sudah memikirkan tentang dakwah Islam ke Borneo sejak Tanah Melayu sendiri belum mencapai satu dekad kemerdekaan.
Pada ketika itu, PAS sudah melihat Sabah sebagai sebahagian nadi perjuangan umat dan negara dan kepentingan dakwah Islam untuk disebar luaskan ke setiap ceruk dan tempat.
Namun sudah menjadi sunnatullah, setiap perjuangan menyebarkan agama ini pasti akan menempuhi mehnah dan tribulasi. Begitu juga dengan usaha awal untuk menyebarluaskan perjuangan PAS yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, ia tidak mudah seperti perjuangan lain. Tahun 1961 hingga 1964 menyaksikan percubaan demi percubaan. Usul-usul dibawa ke Muktamar, perlembagaan dipinda, bahkan tokoh seperti Habib Omar Al-Sagaff cuba menghidupkan PAS Sabah.
Tetapi gerakan itu belum matang, sering terhenti kerana kekangan sumber, suasana politik dan kesukaran membina jaringan akar umbi.
Tidak terhenti di situ sahaja, dekad seterusnya menyaksikan gelombang turun naik. Ada surat yang dihantar dari Semporna meminta PAS dibuka; ada usaha tokoh-tokoh USNO dan aktivis tempatan yang mahukan PAS bertapak; ada juga mereka yang bersama seketika, lalu menghilang disebabkan tekanan politik ketika itu. Tetapi semuanya itu adalah tapak serta batu-bata kecil yang mula dibina bagi membentuk bangunan yang kita lihat hari ini.
Titik kebangkitan sebenar perjuangan PAS bermula pada 1985–1986. Ia adalah detik paling besar yang tercatat dalam sejarah PAS Sabah. Krisis politik Sabah membuka ruang baharu, dan PAS bijak mengambil ruang yang ada dengan memutuskan untuk mengembangkan sayap secara rasmi. Tokoh-tokoh pusat seperti Haji Sattar Taha, Ustaz Nakhaie Ahmad, Mustafa Ali, Subky Latif, dan akhirnya Presiden PAS Haji Yusof Rawa sendiri turun ke Kota Kinabalu. Akhirnya, sejarah rasmi PAS Sabah tercatat pada malam 19 Mei 1986, di Hotel Hyatt di suatu malam yang sunyi dalam buku sejarah, tetapi bergema besar dalam perjalanan perjuangan kita hari ini.
Di saat PAS tidak punya dana, pejabat atau jentera, muncul tokoh-tokoh anak tempatan yang kuat semangat dan jiwa Islam yang bangkit memikul amanah: Ramai tokoh bertungkus-lumus berjuang demi perjuangan PAS. Mereka ini mungkin tidak dikenali oleh generasi hari ini bersungguh-sungguh menggerakkan tarbiyyah, asas kekuatan yang membina PAS. Tokoh-tokoh ini membuka kawasan, menjelajah kampung-kampung ketika PAS Sabah hanyalah sebuah nama, bukan kekuatan politik. Rasanya tidak cukup ruang yang ada jika saya sebutkan nama mereka satu per satu.
Tanggal 31 Julai 1987, PAS Sabah akhirnya didaftarkan secara rasmi. Pusat Tarbiah Islamiah Sabah ditubuhkan, kawasan-kawasan mula dibuka, dan lahirlah generasi pelapis yang meneruskan obor perjuangan. Hari ini, selepas lebih 60 tahun perjalanan yang terputus-putus, kemenangan sulung PAS Sabah dalam PRN 2025 adalah kemenangan hasil adunan ramuan pengorbanan mereka dan gerak kerja tersusun jentera oleh pimpinan terdahulu dan pada masa kini. Ia haruslah dilihat dan diraikan sebagai kemenangan semua aktivis yang pernah memikul risalah pahit manis perjuangan PAS di bumi Sabah, bermula dari dahulu hingga sekarang.
Kemenangan ini membawa satu amanah besar: menjadikan PAS Sabah parti yang dipercayai rakyatnya. Harus diingat, ketika PAS dilihat sukar diterima rakyat Sabah pada mulanya, namun keputusan PRN memberikan jawapan sebaliknya oleh rakyat Sabah. Sememangnya PAS diketahui tidak mempunyai dana yang besar untuk ditawarkan, pemilihan Datuk Dr Aliakbar adalah kerana kewibawaaan dan keterampilan beliau, hasil dari tarbiyah PAS. Maka kita tidak boleh mengulangi kesilapan parti lain yang jatuh kerana hilang integriti atau yang hanya dibina atas slogan tanpa kerja dan pelaksanaan.
Kemenangan ini mesti dipertahankan bukan dengan kata-kata, tetapi dengan khidmat. Mesti diperluas bukan dengan slogan, tetapi dengan akhlak. Ia mesti disebarluaskan bukan dengan propaganda, tetapi dengan rekod kejujuran dan kestabilan.
Semoga kemenangan 29 November lalu menjadi tapak baharu untuk PAS Sabah melangkah sebagai parti yang stabil, berprinsip dan membawa masa depan yang lebih baik untuk rakyat negeri ini.
Dr. Mukhtaruddin bin Musa adalah Pengarah Urusan Yayasan Strategik Lestari (YSL)
Kemenangan sulung Pas di Sabah: Refleksi perjuangan 60 tahun buahkan hasil JIKA ditanya pada setiap dari ahli dan penyokong Pas, terutamanya dari negeri Sabah, tiada yang mampu diucapkan selain syukur yang tidak terhingga kepada...
09/11/2025
Peribahasa Melayu "apa yang kamu tabur, itu yang akan kamu tuai" adalah pernyataan paling sesuai dan tepat dengan luahan hati PMX. Kata beliau, perbalahan politik yang berterusan dan berpanjangan telah banyak merugikan negara serta menjejaskan keupayaan kerajaan untuk tumpu pada dasar pembangunan ekonomi yang mampan.
Sekadar mengingatkan PMX dan penyokong beliau yang mungkin sudah mengalami penyakit Amnesia, Malaysia bukan hanya diperintah oleh satu parti politik sahaja semenjak ianya merdeka. Selama 68 tahun merdeka, kita sudah ada 4 kerajaan yang memerintah.
Majoriti masa pemerintahan adalah dibawah BN, kemudian PH1.0, PN dan terkini PH2.0 + BN. Sepanjang 68 tahun, selama 24 tahun iaitu dari 1998–2018 dan 2020–2022, Anwar sendiri berada di blok pembangkang.
Mungkin generasi muda tidak sempat dengan projek beliau, projek 16 September. Kemudian boleh dikatakan kerap juga kita dihidangkan dengan pengumuman cukup jumlah kerusi untuk tukar kerajaan. Ketika kerajaan fokus pada isu Covid pada 2020-2021, beliau tanpa rasa bersalah terus ganggu pentadbiran kerajaan, sehingga sanggup “bermatian” untuk masuk parlimen dan bersidang.
Kini, penari joget ini tanpa segan silu seolah merayu “cease fire” untuk semua pihak menghentikan budaya ‘gaduh-gaduh politik’, dan menggunakan alasan tumpu pada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Begitulah Anwar, bila tersepit beliau gunakan rakyat. Dari dulu dan mungkin selamanya rakyat akan terus di pergunakan untuk politik beliau.
28/10/2025
JOGET TAK SUDAH… ADAB DAN PROTOKOL DIKETEPIKAN
Selepas menari bersama Presiden Amerika Syarikat ketika menyambut Donald Trump, PMX seolah-olah masih berada dalam dunia keasyikannya. Tular di media sosial sebuah rakaman yang memperlihatkan Perdana Menteri Malaysia berjoget ketika penyanyi tersohor tanah air, Datuk M. Nasir, membuat persembahan di Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Apa yang menarik perhatian ramai bukanlah persembahan itu sendiri, tetapi hakikat bahawa PMX asyik melayani persembahan tersebut dengan berdiri dan berjoget tanpa mempedulikan tetamu di sebelah beliau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Lebih mencuri perhatian ialah bahasa badan (body language) Baginda Sultan yang kelihatan seolah-olah menyampaikan isyarat tidak selesa terhadap suasana yang berlaku.
Jika ketika menyambut Trump, ia dilapik dengan alasan “diplomasi tertinggi PMX”, namun reaksi pada majlis kali ini mengundang rasa muak masyarakat terhadap aksi “terlalu gembira” seorang pemimpin utama negara. Rata-rata rakyat menilai perbuatan itu sebagai kurang beradab dari sudut protokol dan tatasusila kenegaraan. Isu ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia membuka ruang untuk kita merenung kembali nilai adab dan kewibawaan dalam kepimpinan.
Dalam tradisi Melayu-Islam, adab bukan sekadar sopan santun luaran, tetapi mencerminkan ketinggian akhlak dan kebijaksanaan bertempat. Nabi Muhammad SAW diutuskan bukan sahaja untuk membawa wahyu, tetapi juga untuk menyempurnakan akhlak. Maka dalam konteks kepimpinan, setiap gerak tubuh, kata-kata, dan reaksi menjadi cerminan kepada watak serta maruah diri — bahkan secara tidak langsung kepada bangsa dan negara yang diwakilinya.
Apabila seorang ketua kerajaan berdiri di sisi seorang raja, adab utama ialah menzahirkan hormat dan ketenangan, bukan menonjolkan diri. Walaupun niatnya mungkin hanya untuk memeriahkan suasana, dalam konteks kehadiran diraja, tindakan berjoget boleh dianggap tidak kena pada tempatnya kerana majlis melibatkan baginda membawa nilai protokol dan simbolik yang tinggi.
Dari sudut protokol rasmi, kehadiran raja atau sultan menjadikan sesuatu acara dikategorikan sebagai majlis separa rasmi atau rasmi sepenuhnya. Dalam situasi sebegini — yang sudah semestinya disedari oleh PMX — ketua kerajaan perlu menjaga pergerakan dan ekspresi diri agar tidak menenggelamkan kehadiran tetamu diraja. Lebih janggal apabila persembahan hiburan di hadapan baginda sepatutnya diberi ruang kepada penyanyi atau pengacara majlis, bukan kepada tetamu kehormat untuk turut serta, melainkan dengan izin dan dorongan baginda sendiri.
Peraturan tidak tertulis ini berakar daripada budaya istana Melayu, di mana setiap pergerakan membawa makna simbolik — tunduk sedikit pun menggambarkan hormat, apatah lagi jika seseorang itu terlalu bebas di hadapan raja, boleh ditafsirkan sebagai kurang beradab.
Dalam hubungan diplomatik, perkara kecil seperti ini juga dinilai oleh pemerhati luar. Negara jiran, terutama yang masih mengekalkan sistem monarki seperti Brunei, amat menitikberatkan tatasusila dan tertib istiadat. Justeru, sedikit kekhilafan boleh mencetuskan persepsi bahawa Malaysia kurang menjaga kehalusan protokol dalam hubungan dua hala.
Sekiranya situasi ini berlaku bukan dengan Sultan Brunei tetapi dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), tentu impaknya lebih besar. YDPA ialah lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Maka, setiap pemimpin, termasuk Perdana Menteri, perlu menunjukkan tingkah laku yang paling beradab dan berdisiplin di hadapan baginda. Kecuaian dalam hal kecil seperti ini boleh ditafsirkan sebagai kurang peka terhadap institusi diraja dan menjejaskan citra kepimpinan di mata rakyat.
Kepimpinan yang berkesan bukan sahaja dinilai melalui dasar dan polisi, tetapi juga melalui ketenangan, kesantunan, dan kebijaksanaan sosial. Seorang pemimpin yang beradab akan tahu membezakan tempat, masa, dan konteks — tahu bila perlu bergurau dan bila perlu berdiam; bila wajar berhibur dan bila wajar berhemah.
Pepatah Melayu menyebut, “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Dalam konteks ini, kita boleh menambah: “Kerana sikap, hilang wibawa.”
Sebagai rakyat yang mencintai adab dan tertib Melayu-Islam, kita tidak menuntut kesempurnaan daripada pemimpin, tetapi kepekaan terhadap simbol dan nilai yang menjadi asas jati diri bangsa.
Adab bukan pakaian yang dipakai hanya ketika sesuai, tetapi ia adalah cermin tetap kepada maruah diri dan bangsa. Dalam setiap majlis, terutama di hadapan raja dan tetamu diraja, adab mesti sentiasa mendahului hiburan.
Kita tidak mahu, di saat gejala sosial dalam kalangan remaja semakin serius, anak muda dihidangkan dengan contoh tidak baik. Ingatlah! adab dalam kepimpinan adalah teladan buat rakyat.
https://vt.tiktok.com/ZSyeCcc4a/
Alhamdulillah RR pun sedar selama ni apa yang kerajaan buat tak betul. Either kerajaan BN mahupun kerajaan PH 1.0&2.0, kesemua mereka akan melaksanakan polisi scrap off, dimana setiap perancangan dari kerajaan terdahulu akan ditiadakan.
Malahan, sesama mereka yang sama parti pun, idea yang dicetuskan oleh menteri terdahulu akan di “sejuk beku” dan di”arwah”kan.
Alhamdulillah, perkara ini tidak menjadi prinsip PAS-PN. Di awal pentadbiran kerajaan PN, menteri-menteri PAS memberikan jaminan untuk meneruskan mana-mana projek yang bermanfaat dan munasabah untuk rakyat. MB Kedah pun pernah berucap dalam DUN Kesah “No Scrap off” policy. Begitu juga MB Terengganu.
Bagi PAS, setiap kali perancangan projek di “arwah”kan, ia merugikan masa dan tenaga kakitangan kerajaan serta wang kerajaan. Namun, apabila tindakan seperti ini diambil, musuh politik akan menyerang mengatakan bahawa PAS tiada idea atau tak tahu memerintah…
Nah, hari ni RR sendiri sedar bahawa “team” beliau telah buat banyak kesilapan. Walaupun beliau baru tersedar setelah beliau tidak senada dan dikesampingkan oleh boss beliau, tapi better late than never.
So kesimpulannya: kita perlu berubah cara pemikiran kita. Letakkan kepentingan rakyat dan negara berbanding kepentingan lain.
Full stop!
03/07/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Shah Alam