Frozen Delivery Nilai
07/09/2023
ASAL USUL KARIPAP
Ramai yang sangka makanan tradisi melayu ni berasal dari Malaysia, tapi sebenarnya ia diinspirasikan dari makanan orang portugis iaitu "empanada" ketika penjajahan Portugal ke Tanah Melayu pada tahun 1800an. Inti empanada adalah daging & sayur.
Versi awal karipap di Tanah Melayu di panggil epok-epok, yang terkenal dalam kalangan orang Johor. Epok-epok ni kira empanada versi melayu yang mengandungi sardin, kentang dan rempah-ratus.
Lama kelamaan, inti epok-epok ini terus menerus berinovasi mengandungi ubi kentang atau keledek, isi ayam, rempah dan telur rebus. Teksturnya yang rangup diluar semestinya menjadikan menu ini digemari oleh semua orang tak kira bangsa atau pangkat. Orang barat menggelar epok-epok sebagai sebagai "curry-puff" yang kemudian dimelayukan nama tersebut sebagai karipap. Karipap juga popular dalam kalangan masyarakat Singapura, Thailand & Indonesia yang dimasak mengikut citarasa rakyat negara masing-masing.
Menarik kan asal usul karipap ni. Follow kami di Frozen Delivery untuk lebih cerita tentang kuih-muih 😁
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Setul
71800