ASE Tech Academy

ASE Tech Academy

Share

01/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Lepas raya, kita cerita straight forward sikit.

Dalam dunia repair smartphone, ada 2 jenis technician:

1️⃣ Tukar sparepart bila rosak
2️⃣ Faham punca kerosakan dan boleh troubleshoot

Soalan dia… anda nak stay di level mana?
Kalau setiap kali jumpa kes telefon mati, shorting atau tak detect punca, itu tanda skill masih belum cukup kuat di bahagian troubleshooting.
Sebab itu kelas SEMI ADVANCED – Troubleshooting & Diagnosis Kerosakan ini dibuat khas untuk naikkan level anda.
Dalam kelas ini, fokus kepada:
-Cara detect punca kerosakan sebenar
-Troubleshooting telefon mati & shorting
-Penggunaan multimeter & PSU
-Microsoldering (bukan sekadar tengok, tapi buat sendiri)
-Teknik kerja pada PCB

Ini bukan kelas biasa.
Ini adalah asas penting sebelum masuk ke level repair motherboard.
Kalau skip step ini, memang akan rasa susah bila masuk level advance nanti.

Tarikh: 25 – 26 April 2026
Lokasi: Kolej Komuniti Kelana Jaya
Yuran: RM399

Slot hanya 15 orang sahaja.
Dan biasanya yang join adalah mereka yang memang serius nak upgrade diri.
Kalau rasa nak kekal di level sekarang, boleh skip.
Tapi kalau nak naik level, ini antara peluang yang patut grab. Untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan urusan pendaftaran boleh hubungi admin 019-216 3674

16/02/2026

ASE Tech Academy ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua alumni, rakan kolaborasi, penaja serta semua yang meraikan. Semoga tahun baru ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta limpahan rezeki dan kejayaan dalam kerjaya mahupun perniagaan anda.
Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan daripada anda semua terhadap perkhidmatan serta latihan yang kami jalankan. Semoga tahun ini membawa lebih banyak peluang, kemajuan dan kejayaan untuk kita semua.

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


141-1, Jalan Puj 3/9
Seri Kembangan
43300