IKRAM Negeri Sembilan
Daurah Kefahaman Isu Masjid Al-Aqsa by Sheikh Sameer Saeed from Jerusalem, Palestine
12/05/2026
TanyalahUstaz.com: Platform AI Islamik, Rujukan Terbaik
"Platform ini dibangunkan dengan inspirasi semangat wakaf digital, iaitu satu usaha kebajikan yang bertujuan menyebarkan manfaat ilmu secara percuma dan berterusan."
Baca artikel penuh di ruangan komen๐ฒ
09/05/2026
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ziarahi Pesakit Seumpama Berada Di taman Syurga
ุนููู ุฃูุจูู ุฃูุณูู
ูุงุกู ุงูุฑููุญูุจูููู ุนููู ุซูููุจูุงูู ู
ูููููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุนููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ู
ููู ุนูุงุฏู ู
ูุฑููุถูุง ููู
ู ููุฒููู ููู ุฎูุฑูููุฉู ุงููุฌููููุฉู ููููู ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ููู
ูุง ุฎูุฑูููุฉู ุงููุฌููููุฉู ููุงูู ุฌูููุงููุง
Daripada Abu Asma' Ar Rahabi dari Tsauban maula (hamba yang dimerdekakan) Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW baginda bersabda: "Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya yang sedang sakit, maka orang itu sentiasa berada dalam sebuah taman syurga. Baginda ditanya; Bagaimana taman syurga itu? Baginda menjawab: 'Taman yang penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetiknya.' (HR Muslim No: 4660) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit adalah ibadah yang besar ganjarannya. Amalan ini merupakan sunat muakkad (amat digalakkan).
2. Menziarahi orang sakit adalah salah satu daripada tanggung jawab kita bagi menyempurnakan hak saudara Muslim yang lain.
3. Orang yang menziarahi orang sakit seolah-olah ia berada dalam sebuah dari taman di syurga.
4. Ibn Hajar al-โAsqalani menyebut dalam Fath al-Bari bahawa hadis ini menunjukkan orang yang menziarahi orang sakit berada dalam kedudukan hampir kepada rahmat syurga, dan pahala itu berterusan selama dia berada bersama pesakit.
5. Ziarah orang sakit bukan hanya untuk pahala, tetapi juga untuk memberi sokongan moral, doa, dan mengingatkan tentang rahmat Allah serta kesabaran.
6. Apabila menziarahi orang sakit, doakanlah pesakit. Rasulullah SAW mengajar doa ketika menziarahi orang sakit:
ุฃูุฐูููุจู ุงููุจูุงุณู ุฑูุจูู ุงููููุงุณู ุงูุดููู ููุฃูููุชู ุงูุดููุงููู ููุง ุดูููุงุกู ุฅููููุง ุดูููุงุคููู ุดูููุงุกู ููุง ููุบูุงุฏูุฑู ุณูููู
ูุง
Maksudnya: Hilangkanlah penyakitnya wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit. (HR Bukhari No: 5243) Status Hadis Sahih.
Tunaikanlah tanggungjawab kita untuk menziarahi sahabat yang sakit dan doakan kesembuhan kepadanya.
08/05/2026
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ibadat Tawaf
ุนููู ุงุจููู ุนูุจููุงุณู ุฑุถู ุงููู ุนููุ ุฃูููู ุงููููุจูููู ๏ทบ ููุงูู: ุงูุทููููุงูู ุญููููู ุงูุจูููุชู ู
ูุซููู ุงูุตููููุงุฉูุ ุฅููููุง ุฃููููููู
ู ุชูุชููููููู
ูููู ูููููุ ููู
ููู ุชููููููู
ู ููููู ููููุง ููุชููููููู
ูููู ุฅููููุง ุจูุฎูููุฑู.
Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tawaf mengelilingi Kaabah itu seperti solat, cuma kamu dibenarkan bercakap-cakap dalamnya. Maka sesiapa yang bercakap ketika tawaf, janganlah dia bercakap kecuali dengan perkara yang baik." (Sunan Tirmizi No: 960) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Imam Nawawi menegaskan bahawa tawaf adalah ibadah yang sangat mulia dan mempunyai kedudukan yang tinggi seperti solat, bukan sekadar berjalan mengelilingi Kaabah. Justeru, ia menuntut adab seperti berwuduk, kekhusyukan dan penghindaran dari perkara sia-sia. Oleh itu, jika seseorang bercakap semasa tawaf, ia hendaklah dengan perkataan yang baik dan bermanfaat, seperti doa, zikir, atau memberi nasihat.
2. Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa tawaf adalah ibadah jasmani dan rohani. Maka, walaupun seseorang bercakap semasa tawaf tidak membatalkan ibadat tawaf, tetapi percakapan sia-sia mengurangkan pahala. Justeru, dianjurkan untuk memperbanyak zikir, doa dan istighfar semasa tawaf.
3. Seorang yang sedang bertawaf perlu menjauhi perkara sia-sia dengan menghindari percakapan yang sia-sia, lagha, gosip, jenaka berlebihan, atau perkara duniawi.
4. Seorang yang sedang melakukan tawaf hendaklah dalam keadaan berwuduk, suci dan bersih, menjaga kekhusyukan hati, mengisi lidah dengan zikir dan doa, serta menjauhkan diri dari kata-kata yang tidak berfaedah.
5. Hadis ini menegaskan bahawa tawaf adalah ibadah yang sangat agung, setara dari segi kehormatan dengan solat. Walaupun diberikan kelonggaran untuk bercakap, Islam tetap menuntut agar setiap perkataan dijaga dan dipenuhi dengan kebaikan.
20hb Zulkaedah1447H
08hb Mei 2026
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Address
Lot 2-3, Jalan PPP1, Pusat Perdagangan Paroi, Off Jalan Jalan Kuala Pilah-Seremban
Seremban
70400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |