JKMN Negeri Sembilan
05/06/2026
𝗦𝗘𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨, 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛
𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bilangan 5 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan dan menghimpunkan warga seluruh warga JKM.
Perhimpunan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan ini turut mengangkat tema Hari Bapa 2026 sebagai penghargaan kepada insan yang menjadi tunjang kekuatan keluarga yang bakal disambut pada 21 Jun nanti.
Dalam amanat ucapan YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat telah mengajak seluruh warga JKM untuk menjadikan enam bulan pertama tahun 2026 ini sebagai kayu pengukur dalam menilai pencapaian, memperkukuh fokus serta meneruskan momentum kecemerlangan bagi memastikan setiap inisiatif dan perkhidmatan yang disampaikan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh warga JKM atas komitmen dan dedikasi yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah kebajikan negara. Setiap bantuan yang disalurkan, intervensi yang dilaksanakan dan kehidupan yang berjaya disantuni merupakan bukti peranan besar JKM dalam memperkasa kesejahteraan sosial masyarakat.
Semoga semangat pengorbanan, kesyukuran dan kebersamaan terus menjadi kekuatan kita untuk melangkah lebih jauh, memperkukuh integriti, meningkatkan prestasi dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan.
Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia
26/05/2026
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚?
Hampir 𝟐 𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐌 khidmat masyarakat telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2025 menerusi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM), salah satu pendekatan pemulihan sosial di bawah JKM.
Di sebalik statistik ini, ada usaha pemulihan, pembentukan disiplin dan peluang kedua untuk individu kembali menyumbang kepada masyarakat.
📊 Lihat pecahan statistik PKM seluruh negara bagi tahun 2008–2025.
📌 Nantikan posting kami yang seterusnya mengenai bentuk-bentuk pemulihan dan pelaksanaan program PKM yang dilaksanakan oleh JKM.
Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus Tingkat 1 Blok B, Wisma Negeri
Seremban
70000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |