Kelas Kek & Roti Negeri Sembilan

Kelas Kek & Roti Negeri Sembilan

Share

28/02/2022

13 Punca Rezeki yang ramai terlepas pandang

Ramai di antara kita sebagai usahawan terlepas pandang dengan punca-punca rezeki. Di sini, kami nak kongsikan tentang 13 senjata booster rezeki.

Alhamdulillah, ramai yang perolehi result yang mengagumkan selepas mengamalkan 13 punca ini.

Bukan sahaja terkesan dari segi jualan & bisnes mereka, bahkan kehidupan mereka bersama keluarga pun berubah 360 darjah. Berikut adalah senarai punca rezeki tersebut.

1. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki".

2. AL QURAN - kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.

3. ZIKIR - "ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu."

4. ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan.

5. TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

6. SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

7.SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)

8. DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi

9. TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

10. SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

11. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan.

12. NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

13. KERJA/BISNES - Kerja atau bisnes ada perintah dari Allah untuk menjadi asbab rezeki, tetapi belum ada jaminan dari Allah.

No 1 - 12 adalah jaminan dari Allah.

Conclusion

Jadi jika kita buat bisnes ataupun kerja, untuk tambah rezeki, pastikan kita jangan tinggal no 1 hingga no 12 sebab itu ada jaminan rezeki dari Allah.

Seringkali ramai di antara kita yang fokus pada no 13 semata-mata, walhal "MAGIK"nya terletak pada punca no 1 hingga 12. Ayuh, kita sama-sama amalkan. Dah ramai yang merasai kejayaan daripada tindakan daripada punca-punca rezeki ini.

Kalau mereka boleh, bermakna kita pun boleh!!

03/02/2019

Jom jom...belajar buat roti burger

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Seremban