Kamarol Ridzuan - Pak Kam
31/05/2026
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Ulama PAS Kawasan Rembau.
Tahniah dan syabas kepada seluruh saf kepimpinan serta ahli Dewan Ulama PAS Kawasan Rembau yang terus istiqamah dalam memperkukuhkan perjuangan Islam melalui dakwah, tarbiah dan khidmat kepada masyarakat.
Dewan Ulama memainkan peranan yang sangat penting sebagai tunjang ilmu dan panduan dalam memastikan gerak kerja parti sentiasa berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Semoga mesyuarat kali ini berjalan lancar, melahirkan idea serta perancangan yang terbaik demi memperkasakan perjuangan Islam dan kebajikan rakyat.
Saya mendoakan agar seluruh perwakilan diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.
YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)
Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj
29/05/2026
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Tampin yang turut diserikan dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat perjuangan.
Tahniah dan syabas kepada seluruh saf kepimpinan serta jentera yang hadir dan sentiasa komited dalam memperkukuhkan gerak kerja parti di semua peringkat. Persiapan awal, kesatuan hati serta disiplin dalam organisasi amat penting bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya yang bakal tiba dalam masa terdekat.
Sebagai ahli dan pendukung perjuangan Islam, kita mesti terus berpegang kepada prinsip usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT. Dengan gerak kerja yang tersusun, kemas dan penuh istiqamah, insya-Allah kemenangan akan bersama perjuangan yang ikhlas.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kekuatan kepada seluruh jentera dalam membawa mesej perjuangan kepada masyarakat.
YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)
Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj
28/05/2026
Innalillahi wa inna ilaihi rajiāun.
Hari ini saya berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Rashidan Rashid 9:30 pagi Hospital Rembau bagi menyampaikan ucapan takziah serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian insan tersayang dalam kemalangan jalanraya Jalan Seremban Rembau. ( Sungai Gadut).
Selepas Zuhur, sempat bersama menyempurkan sembahyang jenazah dirumah ibu beliau di Kampong Chuai hilir Rembau .
Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikan serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
27/05/2026
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bersama jemaah Masjid At-Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang Seremban dalam gotong-royong menyempurnakan ibadah korban melibatkan 10 ekor lembu.
Semoga segala pengorbanan, tenaga dan kerjasama yang dicurahkan diterima Allah SWT sebagai amal soleh serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat. Terima kasih kepada semua penduduk Taman Pinggiran Senawang yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban pada tahun ini. Aaminnn
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the place of worship
Telephone
Address
Pusat Khidmat DUN Paroi, 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning
Seremban
70450