Soghomban Corefront - SCF

Soghomban Corefront - SCF

Share

17/05/2026

Baca & hadam ‼️

SEMUA TIBA-TIBA LEPAS TANGAN!

Mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri.

Jangan putar isu ini seolah-olah orang ramai tidak faham beza antara “pemberian kewarganegaraan” dan “kelayakan bermain”.

Orang ramai faham.

Tetapi jangan cuba asingkan peranan kerajaan dalam rantaian dokumen yang digunakan untuk proses eligibility bermain di peringkat FIFA.

Menteri kata proses kewarganegaraan ikut Perlembagaan. Baik.

Kita mudahkan cerita.

Jika FIFA salah dalam pendedahan mereka, cabar FIFA.

Jika CAS salah dalam keputusan mereka, cabar CAS.

Jika dapatan IIC salah, jawab dapatan IIC secara rasmi.

Jika semua pembongkaran itu fitnah, pertahankan nama Malaysia.

Sekarang, apabila Menteri menyatakan kerajaan tidak terlibat dalam proses eligibility kerana tertakluk kepada statut FIFA, persoalannya mudah.

Witness Statement daripada Ketua Pengarah JPN yang menerangkan proses semakan, dokumen tujuh pemohon, dan asas pemberian kewarganegaraan itu datang daripada kerajaan negara mana?”

Dalam keadaan wujud percanggahan, beban untuk menjelaskan terletak pada pihak yang mengeluarkan dan mengesahkan dokumen, bukan pada rakyat untuk meneka.

Lebih penting, apabila kandungan dan asas dokumen itu kemudian bercanggah dengan dapatan FIFA, kenapa masih mahu buat seolah-olah kerajaan langsung tidak ada kena-mengena?

Berbulan selepas pembongkaran ini berlaku, selepas ruang menjawab, rayuan dan pengadilan telah dilalui di peringkat FIFA dan CAS, hanya naratif sama yang diulang tanpa tindakan tegas:

“Ikut Perlembagaan.”

“Ikut undang-undang.”

“Ikut budi bicara Menteri.”

Itu sahaja yang diulang.

Sedangkan isu ini sudah berkembang menjadi isu integriti dan kedaulatan negara.

Untuk apa dipertahankan 7 orang pemain “warisan” yang terlibat dalam pemalsuan dokumen tu lagi?

Proses itu menimbulkan persoalan serius terhadap integritinya.

Tarik balik kewarganegaraan tujuh pemain yang terlibat!

Simple.

16/05/2026

HARI PERLAWANAN‼️

Menuju ke akhir liga, kami bawakan lagi tuntutan yang dikemukakan Ultras Malaya:

1. TARIK BALIK KERAKYATAN 7 PEMAIN
2. PULANGKAN PENGURUSAN HARIMAU MALAYA KEPADA FAM
3. REFORMASI BOLA SEPAK MALAYSIA

KBSKR bukan rampasan kuasa.
Akauntabiliti bukan liabiliti.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Seremban
70300