Tips Kesihatan
Kebaikan Buah Lemon Untuk Kurus Dan Sihat.!!!
1. Kuruskan Badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.
2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.
3. Cantikkan Kulit
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. Cer tengok saya awet muda kan (hehe terpuji diri sendiri lak)
4. Bantu Proses Singkirkan Toksin
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.
23/11/2016
Khasiat Halia
1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan Demam dan Selesema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen
6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the university
Telephone
Website
Address
Seremban
70300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 13:00 |