Pewani Negeri Sembilan
30/03/2026
Alhamdulillah pada 16 Mac 2026 AJK PEWANI Kuala Pilah telah menyampaikan sumbangan yang telah diterima untuk Program Tautan Ukhwah & Ziarah Qaseh sekitar Kuala Pilah, Jempol & Chembong. Manakala sumbangan kepada keluarga staf yang meninggal yang jauh telah disampaikan melalui akaun suami/isteri arwah.
Untuk maklumkan semua Ahli PEWANI pada tahun ini sumbangan yang diterima disalurkan kepada 10 keluarga staf meninggal, 5 staf pesakit kronik dan sumbangan kepada Polis Bantuan yang bertugas di Aidilfitri bagi ketiga-tiga kampus.
Semoga dengan sumbangan yang diterima daripada staf Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau dapat menceriakan semua penerima dan dapat diteruskan pada tahun akan datang. Moga Allah SWT berkati sedekah jariah yang diberikan. Insya Allah
06/03/2026
SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H
18/02/2026
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA AHLI PEWANI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
31/12/2025
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026 KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PEWANI SELURUH MALAYSIA
08/12/2025
Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama PEWANI UiTMCNS telah menganjurkan program Lead to Success 3.0 : Membina Personaliti Staf Idaman Majikan pada 1 Disember 2025 di Dewan Kuliah TPSU 2, Pusat Kegiatan Pelajar, UiTMCNS Kampus Seremban.
Program “Personaliti dan Imej Staf UiTM Idaman Majikan” ini diadakan bagi memperkukuh tahap keyakinan diri, etika penampilan, dan komunikasi warga kerja UiTM agar selari dengan aspirasi universiti sebagai institusi pilihan utama majikan.
Melalui pendedahan kepada aspek personaliti positif dan imej profesional, staf diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan, menonjolkan budaya kerja cemerlang serta menjadi contoh kepada rakan sejawat dan pelajar.
Selain itu, program ini juga berperanan untuk menyemai kesedaran bahawa imej diri bukan sahaja mencerminkan individu, tetapi turut membawa reputasi dan nama baik organisasi. Oleh itu, pengukuhan imej dan personaliti yang positif amat penting dalam melahirkan staf UiTM yang bukan sahaja kompeten, tetapi juga berdaya saing, beretika dan disenangi oleh majikan serta pelanggan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Seremban