MyFit Kitchen
27/10/2023
Bismillah..
Fuh lama tak masuk opis senawang.
Dulu inilah permulaan perniagaan saya dengan isteri. Asalnya Pusat Tuisyen. Rezeki kami hanya mampu bertahan selama 6 tahun. Sejak covid, kami tak lagi jalankan tuisyen. Untung? Rugi? Hanya yang melaluinya sahaja yg tahu.
Pernah bercadang untuk shut down terus. Tapi sy melihat di satu sudut yang lain berdasarkan kelebihan dan kerjaya yang saya s**a buat iaitu SHORT COURSE dan TRAINING untuk CULINARY, PASTRI DAN BAKERI. Sepanjang tahun 2021 - 2023 ni, hanya beberapa kali sahaja dapat dilaksanakan dengan peralatan yang sangat² basic disini.
Hasrat saya, nak bangunkan tempat ni jadi Pusat Bertauliah (Accredited Centre) untuk PROGRAM TVET terutama PASTRI DAN BAKERI. Saya perlu bekerja keras ke arah itu untuk menyediakan tempat dan peralatan yang lengkap dan betul sekurang-kurangnya. Tapi, hasil bekerja memang tidak cukup untuk saya realisasikan semua tu dan apa yang saya perlukan adalah :
MANA-MANA GERAN YANG BOLEH DAPAT UNTUK IMPROVE PERALATAN DAN KEMUDAHAN SEDIA ADA. (Spt Working Table yang sesuai, chiller, freezer, oven dan sedikit ubahsuai)
Modal pusingan tu inshaAllah boleh ikhtiar.
Jadi, mana-mana sahabat dan rakan yang ada maklumat yang boleh membantu saya, mohon jasa baik untuk share pada saya especially yang terlibat dgn sektor kerajaan.
Dengan kepakaran dan pengalaman yang saya ada, inshaAllah sy yakin dapat jadikan centre ni satu tempat yang dapat beri manfaat kepada semua anak bangsa kita.
Selain untuk diri saya, ia juga dapat bagi peluang pekerjaan pada org lain untuk sama² jana pendapatan.
18/09/2023
Assalamualaikum wbt...
INGIN DAPATKAN SKM PPT secara percuma dibawah Program Kerjaya Madani tajaan Perkeso bagi bidang :
HT-012-2/3:2012
Penyediaan dan pembuatan Makanan
HT-014-2/3:2011
Pembuatan Pastri.
Syarat² Kelayakan:
1) Tidak bekerja / diberhentikan kerja
2) Berniaga sendiri
3) Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 2 atau 3 tahun atau lebih di dalam bidang yg ditawarkan.
4) Berumur 20 tahun ke atas.
Sekiranya BERMINAT sila isikan maklumat didalam pautan yang dibawah:
Borang Pendaftaran SKM PPT (TAJAAN PERKESO) Program Kerjaya Madani
18/05/2023
Assalamualaikum wbt.
Cuti sekolah dah nak mula.
Selain bercuti, jom hantar anak² untuk join *program 'Little Chef'* di Senawang.
Boleh pilih sehari atau nak join 3 hari terus pun boleh.
*30/5 = DIY PIZZA & COOKIE DECORATION.*
*31/5 = DIY DONUT & CUPCAKE DECORATION.*
*1/6 = DIY SANDWICH & TOAST.*
Nak Daftar mudah je.
Boleh isi form dekat link ni 👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/y2Ztxh8BKj4z1mBL9
Dan boleh buat *pembayaran* terus di Akaun *Maybank Master Progenius Services 555 126 547 975.*
Resit boleh terus wasap pada *Chef Fitri 0126321557* atau *Cikgu Fatin 01127566180.*
Done.
Seterusnya pihak kami akan menghubungi anda utk sebarang makluman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
No 9-1, Jalan Dataran Kemuning 1, Dataran Kemuning
Seremban
70450