IPG Kampus Raja Melewar Rasmi
28/01/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia ✨
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar atas kejayaan cemerlang memenangi *Pingat Emas* *dalam International Creative & Innovation Idea Competition (ICIIC) 2026* bagi Kategori Profesional.
Penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi tahniah diberikan kepada ahli pasukan iaitu
1) Puan Nurul Nadiha binti Abdullah
2) Puan Siti Hartini binti Pungut
3) Dr. Mohd Yusri bin Kamarudin
4) Puan Nazmazura binti Mat Aris
5) Puan Nurul Athiqah binti Ahmad Dzulkilfi
atas komitmen, kreativiti serta dedikasi yang telah ditunjukkan. Kejayaan ini amat membanggakan dan diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus memperkasa budaya inovasi, profesionalisme dan kecemerlangan berterusan.
Syabas dan terima kasih atas sumbangan yang amat bermakna kepada IPG Kampus Raja Melewar.
Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar
Pengarah
IPG Kampus Raja Ipgk Raja Melewar Rasmi See less
13/01/2026
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan inovasi dan pasukan kajian tindakan dari IPGKRM yang telah berjaya meraih Pingat Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan sempena Karnival PendidikanUPSI Peringkat Kebangsaan tahun 2026.
Pelajar yang terlibat ialah dari opsyen Sejarah Amb. 2022/2026 iaitu:
Kumpulan 1:
1. Jevvaa Sayini a/p Arumugam
2. Amesya Hanim binti Abd Halim
3. Lai Siew Ming
4. Kayalvili a/p Chandrasegaran
5. Nur Awatif Inani binti Che Mohd Rosdi
Pensyarah Pembimbing:
En. Vishnu
Kumpulan 2:
1. Anggayaarasi a/p Msthavḥan
2. Siti Nurathirah Nabila binti Shawal
Pensyarah pembimbing ialah Dr Asmahani binti Muhthar.
Kejayaan ini membuktikan komitmen keilmuan serta keupayaan warga IPGKRM dalam memperkasakan penyelidikan dan inovasi selaras dengan aspirasi negara.
Setinggi penghargaan kedua-dua pensyarah pengiring atas komitmen, dedikasi dan kepakaran akademik dalam membimbing pasukan penyelidikan dan inovasi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi kejayaan di masa hadapan.
Syabas dan tahniah sekali.lagi.
Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
27/11/2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Setinggi penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Pengajian Melayu atas kejayaan menerbitkan dua buah naskhah berkualiti iaitu Himpunan Anekdot Kanak-Kanak: Pesan Buat Adik yang dihasilkan oleh 49 orang pelajar serta Ayuh Bersenda Seloka Riang Ria hasil karya 50 orang pelajar BMMB 1 & 2. Terima kasih kepada En. Badrulhisham bin Ghazali selaku penyelaras penerbitan.
Buku-buku ini bukan sahaja menjadi manifestasi kreativiti dan potensi pelajar IPGK Raja Melewar, malah turut memberi nilai tambah kepada khazanah bahan bacaan di Perpustakaan Melewar. Sumbangan ini sangat bermakna dalam memperkukuh budaya ilmu serta menyemarakkan lagi ekosistem pembelajaran di kampus kita.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai warga kampus untuk terus berkarya.
Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar
Pengarah
IPG Kampus Raja Melewar
18/11/2025
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Kembara Seni Visual 2025 melibatkan 49 orang pelajar elektif teras PSV bersama 3 pensyarah telah berjaya dilaksanakan sebagai memenuhi MK bagi kursus PSVK3423 Asas Menggambar
Tarikh: 12 hingga 14 November 2025.
Tempat: Galeri FSSR UiTM, Galeri Shah Alam, Mini Zoo PD, Ornamental Fish Centre PD, Pulau Burung dan Muzium Tentera PD
Sekalung tahniah kepada penyelaras program En. Mohd Akbar Omar, AJK kerja pelajar serta pensyarah pengiring daripada Unit PSV. Harapan agar lawatan ini akan membantu memberi impak kepada karya pelajar yang akan dipamerkan dalam Pameran Apresiasi Seni 2025 yang akan berlangsung pada 20 November 2025 nanti.
Terima kasih.
15/11/2025
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
*Menjulang Pradakaps, Mewasilahkan Warisan*
Jutaan terima kasih dan penghargaan buat seluruh warga Melewar atas kehadiran dalam Majlis Perasmian Pradakaps yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Jalaluddin Hj. Alias, Exco Kanan Kerajaan NS mewakili YAB Menteri Besar N. Sembilan pada 14 Nov. 2025 (Jumaat) pukul 8.30 pagi di Balai Kerapatan IPGKRM.
Pihak JPM memohon maaf atas sebarang kekurangan atau kelemahan yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran ini.
Kami tidak berjanji dpt berikan yg terbaik, tetapi inilah yg terbaik dpt kami berikan.
Segala tegur saran dan pandangan penambahbaikan amat kami alu-alukan, demi menjadikannya lebih baik, lebih tersusun dan lebih berkemahiran pada masa akan datang.
Semoga semangat kerjasama dan persaudaraan yang terbina sepanjang penganjuran ini akan terus subur dan menjadi inspirasi kepada semua.
https://www.facebook.com/share/p/17LS6JfVQ8/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Seremban
70400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |