Ra'Licious

Ra'Licious

Share

10/07/2020

Hello Guys ! Buat apa tu?

Photos from Ra'Licious's post 13/05/2020

WAKTU SESUAI UNTUK MAKAN.
Hi Assalamualaikum ! Apa khabar semua ? Sihat ke tak? Anda mesti nak rasa lagikan popia kami. Tapi itu bukan topik harini sebab saya nak kongsi dengan anda semua tentang waktu terbaik untuk makan. Kenapa?
Waktu makan adalah waktu yang sering di nanti untuk menambah semula tenaga, apatah lagi apabila perut sudah mula berkeroncong. Waktu makan perlu dipatuhi supaya makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum mengambil makanan yang baru. Seeloknya makan sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum berasa kenyang. Berikut dinyatakan waktu yang sesuai untuk mengambil makanan supaya dapat mengekalkan kesihatan diri:

1. Sarapan pagi
Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras gula di dalam darah. Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks seperti kekacang, oat, bijirin gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran. Contoh sarapan pagi: Muffin pisang dengan oat, muesli bar.

2. Makan tengahari
Makan tengahari sekitar 12 tengahhari atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil sarapan pagi. Makan tengahhari amat penting kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Seeloknya ambil makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompeks, lemak baik (lemak yang tidak di proses serta bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat.

3. Minum petang
Minum petang sekitar pukul 3 petang. Makanan yang baik untuk minum petang seperti bubur bijirin, salad buah-buahan, kacang, yogurt buah-buahan, dan sup sayur-sayuran. Contoh resipi: Bubur Puteri Berendam, Bubur C**a.

4. Makan malam
Makan malam sekitar 6 petang atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil makanan ringan ketika minum petang. Makan malam yang seimbang mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang baik. Contohnya seperti roti gandum, kekacang, pasta, daging atau ayam tanpa kulit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Snek lewat malam
Snek lewat malam boleh dinikmati sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur. Pilih makanan yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien. Contohnya seperti buah-buahan segar, sayur sayuran dan yogurt rendah lemak. Elakkan daripada minum kopi atau minuman tenaga. Seeloknya minum segelas susu, air putih atau jus organik untuk tidur lebih lena.

Panduan ini sesuai untuk individu yang mempunyai berat badan yang normal. Faktor umur, tinggi, berat, pekerjaan dan gaya hidup akan menentukan tabiat makan yang berbeza, begitu juga untuk individu yang menghidap penyakit.
Untuk membuat pesanan hari raya atau bila bila masa,
Hubungi kami dengan segara! Stok Terhad !
WHATSAPP : 0105254278 (Rafiq)
https://www.facebook.com/RaLiciousMakanSatuManaCukup/

11/05/2020

KESAN BAIK TERHADAP GARAM MENGIKUT AMALAN RASULULLAH
Hai ! Sekarang kami nak share kepada anda tentang kandungan dalam makanan yang kami buat iaitu Popia Ra’Licious.

Kebannyakkan ramai orang tahu yang garam mempunya pelbagai khasiat menarik . Tetapi apakah khasiat tersebut?
Garam memang amat penting dalam kehidupan seharian kita, jikalau tiada garam, maka masakan kita tidak akan menjadi sedap, Akan tetapi penggunaan garam tidak hanya tertumpu pada maskan sahaja. Garam juga banyak kegunaanya. Jom kami kongsikan Khasiat dan Kelebihan Garam Mengikut Amalan Rasulullah S.A.W.
- Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan cara merendamkannya dalam air garam juga.
- Mengubati penyakit gout. Gout adlah disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Bagi orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, caranya adalah, ambil garam kasar, kemudian digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
- Merawat cirit-birit. Minumlah air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
- Merawat kegatalan. Air yang dicampur dengan garam disapukan pada kulit yang gatal.

SELAMAT BERBUKA PUASA
Buat pesanan dengan pihak kami dengan segera ! Akan ada sesuatu yang menarik menanti anda !
WHATSAPP : 0105254278 (Rafiq)
https://www.facebook.com/RaLiciousMakanSatuManaCukup/

Want your business to be the top-listed Finance Company in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Persiaran Seremban 3
Seremban
70300