DuniaSehala
09/07/2026
🏆 TAHNIAH SEHALA! JOHAN BOLA JARING MSSD SEPANG 2026! 🏆
"Setiap keringat, setiap kudrat, setiap usaha, setiap sokongan... KAMI BANGKIT!"
Alhamdulillah, kejayaan yang amat membanggakan! Pasukan Bola Jaring SK Kg. Baharu Lanjut telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sepang 2026. 🥇🏐
Bukan itu sahaja, kegembiraan berganda apabila 3 orang pemain kita turut merangkul Anugerah Pemain Terbaik:
⭐ Pemain Terbaik Kejohanan
⭐ Pemain Penyerang Terbaik Kejohanan
⭐ Pemain Pengadang Terbaik Kejohanan
Tahniah diucapkan kepada barisan pemain, guru-guru pembimbing, jurulatih, serta ibu bapa yang memberikan sokongan padu tanpa henti. Kemenangan ini bukan sekadar menang, tetapi membuktikan semangat juang dan jati diri tinggi anak-anak SeHaLa!
Kami Bangga, Kami Hargai, Kami Akan Terus Melangkah! 🐾🔥
09/07/2026
Tahniah buat Muhammad Adami Asyraf bin Mohd Rizan atas pencapaian cemerlang di Cabaran Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan 2026! 🌿🏕️
🏆 Johan Kontinjen Terbaik
🥉 Tempat Ketiga – War Cry
🧭 Tempat Kelima – Orienteering
Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat juang, disiplin, keberanian dan usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Tahniah juga kepada ibu bapa, guru pembimbing dan seluruh kontinjen yang sentiasa memberi sokongan serta bimbingan.
09/07/2026
📢 Perhatian kepada semua pelawat sekolah
Demi menjaga imej, kesopanan dan suasana pembelajaran yang kondusif, semua pelawat dimohon memakai pakaian yang sopan dan kemas ketika berada di kawasan sekolah.
Terima kasih atas kerjasama anda dalam menghormati warga sekolah dan mewujudkan persekitaran yang positif untuk anak-anak.
05/07/2026
🏆 TAHNIAH SEHALA ATHLETICS!
JUARA KESELURUHAN OLAHRAGA MSSD SEPANG 2026! 🏆
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SEHALA ATHLETICS atas kejayaan muncul sebagai Juara Keseluruhan. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin, semangat berpasukan serta pengorbanan semua atlet, jurulatih dan guru.
7 Emas, 5 Perak dan 6 Gangsa berjaya digapai oleh atlet SEHALA. Kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat, tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Kepada atlet yang belum berjaya mencapai sasaran, jangan berputus asa. Teruskan berlatih dengan lebih tekun, jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk bangkit dengan lebih kuat. Setiap kejayaan bermula daripada usaha yang tidak pernah berhenti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa atas doa, sokongan, kepercayaan dan pengorbanan yang tidak ternilai. Kejayaan ini turut menjadi milik anda kerana sentiasa berada di belakang anak-anak dalam setiap langkah mereka.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama SEHALA ATHLETICS pada masa hadapan.
🏅 SEHALA ATHLETICS... Terus Melangkah, Terus Cemerlang!
01/07/2026
PERTANDINGAN KARNIVAL SEMARAK BAHASA ( BAHASA MELAYU) PERINGKAT DAERAH SEPANG, 25 JUN 2026
Sekalung penghargaan & tahniah diucapkan kepada para peserta sekolah kita atas pencapaian yg cemerlang dan membanggakan.
🏆Bercerita - JOHAN
Nur Rania Hana binti Haspul Fahimi ( 6 Al-Biruni)
🏆Pidato - TEMPAT KELIMA
Hanzalah bin Radzi (6 Al-Farabi)
🎉Peserta Pertandingan Bercerita - Nur Rania Hana akan mewakili Sepang ke peringkat negeri.
Terima kasih kepada guru-guru pembimbing atas tunjuk ajar dan sokongan padu. Semoga terus melakar kejayaan dalam pertandingan akan datang di peringkat negeri.
✨ Terima Kasih!✨
DIGIFEST@SEHALA 2026 telah melabuhkan tirainya, namun kenangan dan kemeriahannya akan sentiasa terpahat dalam ingatan. 💙
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pengunjung, ibu bapa, murid, guru, warga sekolah, para penaja, sukarelawan dan semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Terima kasih atas sokongan anda dalam usaha mengumpul dana bagi merealisasikan Kelas Digital SEHALA demi manfaat pembelajaran murid-murid.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Sepang
43900
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:00 |
| 15:00 - 17:00 |