Muhtar Suhaili

Muhtar Suhaili

Share

17/06/2026

Alhamdulillah. Salam Ma’al Hijrah 1448H! 👍☪️🕌🕋💚

Photos from Muhtar Suhaili's post 11/06/2026

LAWATAN KERJA PETRONAS MPM & VESTIGO KE EPIC - PRE-SAILAWAY FPSO BERANTAI

Alhamdulillah. Pada hari Selasa minggu ini, EPIC Berhad telah mengalu-alukan lawatan kerja daripada PETRONAS Malaysia Petroleum Management (MPM) yang diketuai oleh Ts. Perrie Roy Paul Anin (General Manager, Asset Integrity Management (AIM)) dan Vestigo Petroleum Sdn Bhd yang diketuai oleh Tuan Haji Ikhranizam M Ros (General Manager, Prod/ Ops) bersama delegasi bertempat di Kemaman Supply Base (KSB), Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Rombongan telah diberikan taklimat mengenai operasi EPIC Berhad dan anak-anak syarikat sebelum mengadakan Lawatan Kerja ke FPSO Berantai yang sedang berlabuh di West Wharf (WW), Pelabuhan Kemaman. Vestigo merupakan PAC untuk Berantai Field dan EPOMS Sdn Bhd merupakan Operator bagi O&M.

FPSO Berantai telah tiba di Pelabuhan Kemaman pada 23 Mei 2026 dan berada di sini hampir 3 minggu untuk aktiviti penyelenggaraan dan persiapan sebelum ke Tuas Shipyard di Singapura untuk docking. Ini kali pertama FPSO Berantai menggunakan fasiliti Kumpulan EPIC. FPSO Berantai akan bergerak (sailaway) ke Singapura pada jam 11 pagi hari ini.

EPIC mengucapkan jutaan terima kasih kepada PETRONAS MPM, Vestigo, PCSB-PMA, EPOMS dan semua kontraktor yang hadir. Semoga pertemuan menatijahkan kebaikan dan meneruskan kesinambungan kerjasama yang telah sedia terjalin.

Saya seorang yang percaya kepada engagements iaitu menjadikan libat urus dengan pemegang-pemegang taruh dalaman dan luaran sebagai langkah berkesan dalam melaksanakan tugasan.

Saya mengalu-alukan semua pihak untuk berkolaborasi dan menjalankan kerjasama yang berkaitan bersama Kumpulan EPIC. Semoga jalinan tersebut akan memberi kebaikan dan jalan menang-menang ke hadapan.

Doakan semoga Kumpulan EPIC terus cemerlang, maju, berkat dan sejahtera, in shaa Allah. 👍😍

SERVICES BY EPIC BERHAD:

1. Oil & Gas Supply & Support Base
2. Commercial Port Management
3. Marine Engineering & Services
4. Engineering & Maintenance Services
5. Renewable Energy & Green Technology

SUBSIDIARIES OF EPIC BERHAD:

1. Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB)
2. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPK)
3. Sukma Samudra Sdn Bhd
4. EPIC OG Sdn Bhd (EOG)
5. EPIC Oilfield Services Sdn Bhd (EOS)
6. EPIC Solar Sdn Bhd (EPIC Solar)
7. PBK Logistics Sdn Bhd (PBKL)
8. PBK Supplies & Services Sdn Bhd (PBKSS)
9. Eastern Pacific Properties Sdn Bhd (EPIC Properties)
10. Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPIC Marine)
11. Rahar Niaga Sdn Bhd (RNSB).

Atas segalanya, doakan saya, kami dan kita semua dipermudahkan Allah dalam melaksanakan tanggungjawab dan dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke Akhirat. Semoga kita semua cemerlang dunia dan Akhirat. Allahumma Aamiin. 👍😍

“Shaping The Growing Future”
“BE FACT: Better, Faster, Competitive!”

Yang Menjalankan Amanah;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
(مختار/穆赫塔尔/முக்தர்)
Group CEO, EPIC Berhad.

Website: https://epicgroup.com.my/

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Sepang