Coconut Crunch
23/03/2023
SALAM RAMADAN
Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada semua sahabat yang beragama Islam.
Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini dan segala amalan kita diterima Allah.
❤️ Ikhlas dari:
🌴COCONUT CRUNCH
🥥 Biskut Kelapa Klasik
11/02/2023
Orang lain bila weekend cuti tapi sis kena kerja demi sesuap chicken chop.
Peminat setia Coconut Crunch di GMH Halal Mart, Seksyen 7, Shah Alam dah mengaum sebab lama tak nampak bayang Biskut Kelapa Klasik dekat sini.
Ampun tuanku!
😅
09/11/2022
Asal petang je mata layu. Hampir tersembam kepala di atas meja menahan ngantuk. Maka haruslah cari secawan kopi.
Cicah kopi dengan Biskut Kelapa Klasik. Pasti mata kembali segar. Dan bertenaga semula.
Alhamdulillah kini sudah ada di Ajwa Bakery Kafe, Taman Melawati dan kami dah penuhkan kembali rak di sana.
Boleh dapatkan secawan Kopi LATTE panas dari Ajwa Bakery Kafe. Ada banyak lagi menu menarik di sana.
😃
23/06/2022
ALHAMDULILLAH
Orang JB kini lebih mudah untuk dapatkan Biskut Kelapa Klasik ini sejak kami melantik wakil wilayah selatan di BANDAR DATO ONN, Johor Bahru.
Orang Puchong jangan risau. Kami sudah penuhkan kembali rak di IPOH STATION KOPITIAM, Bandar Bukit Puchong.
Jasa baik peminat di sini yang masih setia menyokong sejak 5 tahun takkan dilupakan kerana inilah juga outlet pertama kami.
Jasamu akan tetap ku kenang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Sepang