Trafik IPD Sepang

Trafik IPD Sepang

Share

Photos from Trafik IPD Sepang's post 06/05/2026

🚧 HEBAHAN PENGALIHAN TRAFIK 🚧

Perhatian kepada semua pengguna jalan raya, dimaklumkan bahawa terdapat pengalihan trafik dan lencongan sementara di laluan Persimpangan FT29/FT32 melibatkan kawasan Kota Warisan – Bandar Baru Salak Tinggi – KLIA.

Pelaksanaan ini adalah bagi kerja-kerja menaik taraf jalan, termasuk pembahagian tembok jalan kekal serta pengaktifan lampu isyarat, di bawah Fasa 4b yang akan berlangsung mulai 07 Mei 2026 hingga 22 Jun 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, laluan lencongan akan disediakan dan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun pengguna dinasihatkan supaya:
✔️ Memandu dengan lebih berhati-hati
✔️ Mematuhi semua papan tanda dan arahan trafik di lokasi
✔️ Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif jika perlu

Langkah ini adalah penting bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan dijalankan.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai demi keselesaan bersama pada masa hadapan.

Photos from Trafik IPD Sepang's post 16/02/2026

Hari Kedua Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina 2026

Memasuki hari kedua pelaksanaan Op Selamat 25, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang terus komited turun padang melaksanakan advokasi keselamatan jalan raya serta menyantuni pengguna jalan raya di sekitar kawasan tumpuan.

Pendekatan advokasi yang dijalankan bukan sekadar penguatkuasaan, malah memberi penekanan kepada kesedaran dan pendidikan keselamatan agar setiap perjalanan lebih terancang, lebih selamat dan lebih bertanggungjawab — terutamanya sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah ini.

BSPT Sepang menyeru orang ramai supaya:
• Pastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan
• Elakkan memandu dalam keadaan letih atau tergesa-gesa
• Patuh had laju dan peraturan lalu lintas
• Utamakan keselamatan diri dan keluarga

Ingatlah, kegembiraan menyambut perayaan akan lebih bermakna apabila semua selamat tiba ke destinasi.

Keselamatan bukan pilihan, tetapi keutamaan.

Photos from Trafik IPD Sepang's post 15/02/2026

Sempena Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina 2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya serta pengedaran pamplet keselamatan kepada orang ramai di Petronas Bunga Raya, Salak Tinggi.

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Polis Diraja Malaysia dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan peringatan agar sentiasa berwaspada, khususnya sepanjang musim perayaan dan cuti persekolahan. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Melalui pengedaran pamplet dan sesi advokasi ini, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, merancang perjalanan dengan teliti serta mengutamakan sikap sabar dan berhemah ketika memandu.

PDRM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya terus terpelihara. Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Photos from Trafik IPD Sepang's post 09/12/2025

🚨 HEBAHAN LALU LINTAS – PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA 🚨
PENGALIHAN TRAFIK & LENCONGAN SEMENTARA
LOKASI: PERSIMPANGAN FT29 / FT32 (KOTA WARISAN – BBST – KLIA)

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf jalan di persimpangan FT29/FT32, Jambatan Kota Warisan sedang memasuki Fasa 4 dan penutupan laluan bermula 10.12.2025 sehingga 16.02.2026.

Orang awam diminta beri perhatian terhadap perubahan aliran trafik berikut:

🔴 BBST / Nilai ⇆ KLIA (Lencongan Jalan – Boleh Dilalui)
🟢 KLIA ⇆ BBST / Nilai & Kota Warisan (Ikut Laluan Lencongan)
🟠 Pusingan U-Turn di Kota Warisan (Disediakan)

Semua pengguna jalan raya DIWAJIBKAN mematuhi papan tanda arah yang ditempatkan di lokasi. Kenderaan yang gagal mematuhi arahan lencongan boleh menyebabkan risiko kemalangan dan kesesakan serius.

Pihak berkuasa menyeru agar semua pengguna:
✔️ Pandu secara berhati-hati
✔️ Ikut laluan alternatif yang telah ditetapkan
✔️ Beri kerjasama sepenuhnya bagi kelancaran lalu lintas

KESULITAN MASA KINI ADALAH UNTUK KESENANGAN MASA HADAPAN.

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan (Kontraktor Utama RD Resources Sdn Bhd):
📧 [email protected]
📞 011-71314220 (WhatsApp)

25/11/2025

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SUSUR KLIA-KOTA WARISAN

Susur KLIA-Kota Warisan telah dibuka semula seperti biasa untuk kenderaan awam. Walaubagaimanapun, pihak Trafik IPD Sepang menasihatkan orang awam supaya kekal bersedia dan berjaga-jaga memandangkan musim hujan ketika ini.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900