360 Property

360 Property

Share

30/10/2024

Kesilapan kewangan paling kritikal: beli rumah

Yup, beli rumah. Bukan personal loan. Bukan kad kredit. Bukan beli kereta. Tapi beli rumah

Sebelum ada ejen hartanah atau financial guru yang tak puas hati, aku buat kesimp**an ni lepas banyak dengar kisah-kisah staff aku berkaitan isu ni.

Kenapa bukan personal loan? Sebab personal loan biasanya jumlah dia tak tinggi mana berbanding rumah. Sebab memang bank tak nak bagi banyak daripada awal. Malahan sebenarnya personal loan ni untuk kebanyakan orang, tak mudah pun nak dapat. Yang mudah geng pekerja kerajaan dan golongan professional

Kenapa bukan kereta? Sebab kereta kalau nazak sangat boleh dijual dan trade in untuk kereta yang lebih murah. Kalau tak cukup nak cover loan pun, biasanya baki tu tak banyak mana

Rumah? Hutang rumah tak boleh bawa ke AKPK, gila tak berbaloi. Rate tak rendah mana, bulanan tak kurang mana, tapi stuck status AKPK untuk berpuluh tahun. Dan kalau nak jual tak cukup cover loan tu, kita kena topup bukan sikit, banyak. Sangat banyak.

Ada tiga golongan beli rumah yang akhirnya sengsara:

1) Beli rumah undercon

Ini paling ramai. Kenapa? Sebab masa keputusan nak beli tu, diorang fikir dari sudut sewa sekarang RM1,200, nanti bayar loan ni RM1,600. Okay lagi

Diorang tak terfikir dan takde agent property tu yang akan sedarkan diorang yang diorang akan kena bayar loan rumah tu lama sebelum diorang boleh duduk pun lagi rumah tu.

Sebab rumah undercon, tak siap lagi. Interest loan dah mula, ada masa disbursement dah mula berlaku. Jadi hutang kepada bank dah mula mula kena bayar.

Akhirnya kena bayar bank RM1,000, pastu masih kena sewa rumah RM1,200. Dah sakit.

Tak sikit ye yang kena macam ni huhu. Ramai.

Tak masuk cerita kalau construction delay lagi, lebih teruk terus stop sebab developer kering duit. Lagi sengsara.

2) Beli rumah nak buat investment

Ingat macam dalam buku rich dad, poor dad. Beli rumah, sewakan, dapat passive income

Idok le. Harga pasaran dah rosak. Bayaran installment sekarang ni umumnya lagi tinggi daripada harga sewa. Tak masuk lagi maintenance fee.

Kalau cover bank pun, penyewa tak sentiasa ada. Sebulan tak dapat penyewa dah banyak dah. Kalau cari rumah dgn bantuan ejen, Kena bayar ejen p**a

Tak masuk lagi entah kenapa most of the time setiap kali tukar penyewa, mesti kena spend beribu untuk repair, tukar barang rosak, etc.

Overall, majoriti yang beli rumah dan buat investment ni net cashflow tak ramai la yang positif

3) Berlaku perubahan hidup

Samada beli rumah lepas tu bercerai, atau beli rumah sebab dekat dengan tempat kerja lepas tu tukar kerja,

Rumah tu akhirnya tak praktikal untuk duduk. Nak sewa, risau rumah rosak. Tak sewa, nanti cashflow rosak.

Apatah lagi yang hilang kerja, dan gaji baru lagi rendah daripada gaji lama. Lagilah sengsara. Hampir semua duit gaji baru guna untuk bayar rumah sahaja.

Begitulah.

Yang susah berkaitan rumah ni, nak jual tu tak mudah

Nak jual murah sangat tak boleh, silap haribulan baki hutang dengan bank akan ada puluhan atau ratusan ribu

Nak jual mahal, sangat susah. Lagi-lagi yang beli undercon, harga rumah biasanya dah mark up untuk cashback etc. Sama la juga dengan geng refinance rumah untuk dapat cash, refinance pada harga maksima market value, tak dapat la nak jual lepas tu.

Sebab tu umumnya, aku tak advice pun orang tergesa-gesa beli rumah. Dan aku lebih sokong beli rumah subsale

Subsale ni kita dah boleh tengok kualiti rumah tu dan komuniti tu macam mana. Kena dengan jiwa ke tidak.

Dah ada duit, dah jumpa rumah yang memang disenangi, belilah

Jangan terpengaruh dengan dakyah sesiapa pun untuk kena ada rumah sendiri.

Kadang-kadang yang s**a ceramah beli rumah ni ibu bapa. Jangan lupa rumah zaman diorang harga lain, dan pop**ation pun masih membesar dengan pesat

Kita ni dah menuju aging pop**ation. Harga rumah tak jatuh tu dah cukup baik dah

Sekian.

13/04/2024

Teres kuala selangor rm170k
Teres sepang rm190k
Teres rawang rm200k
Teres setapak rm235k
Teres klang rm235k
Teres salak tinggi rm250k
Teres sg buloh rm250k
Teres sg besi rm263k
Teres tanjung karang rm265k
Teres semenyih rm275k
Teres dato harun pj rm295k
Teres bandar tun razak rm300k
Teres shah alam rm315k
Teres kepong rm315k
Teres selayang rm340k
Teres wangsa maju rm355k
Teres cheras bt 9 rm365k
Teres sungai way pj rm380k
Teres salak selatan rm380k
Teres ampang rm390k
Teres saujana putra rm390k

12/07/2021

🌻TAMAN PINGGIRAN KUALA INA, Melaka🌹

Pulau Sebang, Gajah, Melaka.
Rumah Teres Setingkat & Semi D
https://TmnPinggiranKualaIna.wasap.my

HAKMILIK KEKAL 🏡🏠🏚️

🔥 Keluasan 22’ x 70’
🔥Binaan santak habis
🔥4 bilik tidur + 2 bilik air
🔥Pagar tembok batu
🔥Plaster Sling penuh 🔥Tinggi ceiling 12'
🔥Tinggi ceiling 17' (bilik 2 & 3) shj
🔥Jubin Porcelin penuh bilik air, dapur & carporch
🔥Kemasan dan pemasangan berkualiti
🔥Table top dapur siap
🔥Heater point, washing machine point, auto gate point, TV & door bell point.

PERCUMA 🎁🎁🎁🎁

💰Percuma Yuran Guaman
💰Percuma Setem Duti
💰Percuma Aircond 1HP - 1 unit
💰Percuma Table Top Dapur
💰Subsidi RM200/bulan selama setahun
💰Rebat 5%
💰Booking Hanya RM200 je

AKSES 🚗🚗🚗

5 min ➡ Mydin
5 min ➡ KTM
10 min ➡ Econsave
10 min ➡ Afamosa
15 min ➡ Tol simpang ampat
39KM ➡Melaka
54Km ➡Seremban
UNIT SANGAT TERHAD

Klik link di bawah untuk LOCK unit anda :

https://TmnPinggiranKualaIna.wasap.my
Safril Salehan
011 631 88338
Property Advisor
Azmi & Co (Estate Agency) Sdn Bhd
https://TmnPinggiranKualaIna.wasap.my

PR1MA SEREMBAN SENTRAL 05/07/2021

Pr1ma Seremban Sentral

PR1MA SEREMBAN SENTRAL

04/06/2021

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Salam Jumaat.

Allah berikan kita matahari untuk kita gembira. Suatu hari, Allah datangkan kita hujan dan petir. Kita sedih dan tertanya-tanya. Dimana matahari yang selalu menerangi? Rupanya Allah nak datangkan pelangi yang indah untuk kita.

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Sepang
43900