Suara.TV Ent

Suara.TV Ent

Share

08/07/2026

Apabila cinta menjadi bahasa pentas, “Qais & Laila” hidup semula di Melaka



Legenda Qais dan Laila, Sebuah kisah cinta yang merentas generasi, merentasi sempadan bahasa dan budaya. Kini, kisah yang sekian lama menghuni helaian sastera itu bakal bernafas semula, bukan di dalam buku, tetapi di atas pentas menerusi pementasan teater muzikal “Qais & Laila” anjuran Pertubuhan Teater Negeri Melaka (PERTEM).

Di sebalik sebuah persembahan selama beberapa jam, tersembunyi usaha panjang untuk menghidupkan kembali kecintaan masyarakat terhadap seni teater. Pementasan ini bukan sekadar mahu mengisahkan dua insan yang dipisahkan oleh takdir, tetapi mengajak penonton menyelami makna cinta yang lebih luas cinta kepada manusia, kepada kehidupan dan kepada nilai-nilai yang membentuk jiwa.

Baca penuh disini
https://suara.tv/08/07/2026/apabila-cinta-menjadi-bahasa-pentas-qais-laila-hidup-semula-di-melaka/

07/07/2026

Fazura kembali dengan ‘Kisah Terbaik’, Balada mengenai kekuatan setelah perjalanan pelbagai ujian



Dalam kehidupan, bukan semua perkara berlaku mengikut apa yang dirancang. Ada impian yang menjadi kenyataan, ada juga yang terpaksa dilepaskan. Kadangkala seseorang perlu melalui pelbagai ujian sebelum benar-benar memahami erti menerima takdir. Perasaan itulah yang menjadi nadi utama lagu baharu Fazura. Bukan sekadar berkongsi kisah cinta yang berakhir, sebaliknya mengangkat tema penerimaan, kekuatan diri dan keberanian untuk membuka lembaran baharu selepas melalui fasa yang mencabar.

Menurut Fazura, beliau melihat Kisah Terbaik sebagai sebuah karya yang sangat dekat dengan dirinya. Baginya, setiap pengalaman yang pernah dilalui mempunyai hikmah tersendiri walaupun ketika menghadapinya ia terasa sukar dan menyakitkan. Lama-kelamaan, pengalaman itulah yang menjadikan seseorang lebih matang, lebih kuat dan lebih menghargai kehidupan.

Baca penuh disini
https://suara.tv/07/07/2026/fazura-kembali-dengan-kisah-terbaik-balada-mengenai-kekuatan-setelah-perjalanan-pelbagai-ujian/

Want your business to be the top-listed Media Company in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


GLOMAC CYBERJAYA
Sepang
63200