Perkep IPD Sepang

Perkep IPD Sepang

Share

Photos from Perkep IPD Sepang's post 09/03/2026

KUNJUNGAN DAN PENGHARGAAN SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2026 KE IPD SEPANG.

Pada 09 Mac 2026 (Isnin) jam lebih kurang 1000hrs hingga 1040hrs bertempat di Lobi IPD Sepang, Puan Aminah binti A.Hamid selaku Ahli Majlis JPP Zon Bandar Baru Salak Tinggi Utara dan juga wakil-wakil JPP Zon BBST Utara telah datang berkunjung ke IPD Sepang.

Puan Aminah binti A.Hamid telah menyampaikan buah kurma dan bunga Ros sebagai tanda penghargaan kepada Pegawai Polis dan Pegawai Awam serta warga PERKEP Sepang sempena Hari Wanita Sedunia 2026.

YBhg. Pengerusi PERKEP Sepang Puan Nor Aidah binti Abdul Hamid turut hadir bersama Setiausaha PERKEP Sepang, ASP Zarina binti Zailani, Penolong Setiausaha PERKEP Sepang serta seramai (7) orang terdiri daripada Biro dan Ajk Perkep Sepang sebagai wakil dari PERKEP Sepang.

Selain daripada itu beberapa orang daripada Pegawai Kanan Wanita IPD Sepang, Pegawai Rendah Polis Wanita IPD Sepang dan Pegawai Awam IPD Sepang juga hadir bersama-sama menyertai program tersebut.

Tema Hari Wanita tahun ini "Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara", menekankan pemerkasaan wanita untuk masa depan yang lebih cerah dan saksama. Di sebalik kelembutan, tersimpan kekuatan jiwa yang tiada tandingan. Hargailah setiap wanita dalam hidup anda.

Program telah berlangsung dengan lancar dan teratur dengan penuh bermakna. Setiap wanita yang dirai ianya melambangkan kekuatan, ketabahan dan sumbangan luar biasa yang menjadi tiang peradaban, keluarga dan negara.

08/03/2026

Sempena sambutan Hari Wanita, YBhg. Puan Nor Aidah binti Abdul Hamid, Pengerusi PERKEP Sepang mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia.

Sempena hari istimewa ini, marilah kita bersama-sama menghargai dan meraikan peranan serta sumbangan wanita dalam keluarga, masyarakat dan negara. Semoga anda terus melangkah maju, mengejar impian dan menjadi inspirasi kepada semua.

16/02/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2026.

YBhg. Pengerusi PERKEP Sepang, Puan Nor Aidah binti Abdul Hamid mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat berbangsa Cina.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900