Badar Sambbst

Badar Sambbst

Share

23/04/2020

Assalamualaikum 😊 Salam sejahtera buat semua.Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin & inayahnya dapat kita bertemu bulan Ramadhan,bulan yang barakah✨.Marilah sama ii kita ringankan diri untuk melakukan amal ibadah lillahi ta’ala.
terdapat sebuah hadith yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam kitabnya:
.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
.
Mafhumnya: "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]
Subhanallah😭,sangat besar pengampunan & maghfirah-Mu ke atas kami Ya Allah😔.Di sini,kami pihak Majlis Eksekutif BADAR ingin melancarkan satu kempen pada bulan Ramadhan "KEMPEN JOM JADI IMAM TERAWIH BERSAMA KELUARGA".Ingin mengajak kepada putera ii SAM BBST untuk menjadi imam ketika terawih bersama keluarga.Program ini bertujuan untuk kita (pelajar putera) beserta keluarga bersama-sama mendapat Rahmat daripada Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat."
Riwayat Muslim (1509)
Di dalam riwayat lain juga menyatakan : Maksudnya : "Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.”
Riwayat Muslim (1504)
Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/183)
daripada dalil ini,sudah jelaslah bahawa besarnya ganjaran Allah bagi kita yang menunaikan solat secara berjemaah.Jadi marilah wahai putera ii yang gagah,marilah kita menjadi imam terawih!! kerana dibulan ramadhan inilah salah satu pelung untuk kita mengumpul BEKAL KETIKA AKHIRAT.

20/04/2020

*PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN PERDANA ONLINE(KQP-O) KEBANGSAAN 1441H*

Assalamualaikum.. Kepada semua peserta KQP-O yang dirahmati Allah swt.

Ramadhan ini , *BADAR SAM Rawang* dengan kerjasama *BADAR SEKOLAH-SEKOLAH SEMALAYSIA* akan mengadakan mengadakan program mega tersebut seperti dalam butiran dibawah:

🗓️ *24 April - 10 Mei 2020* _bersamaan_ *01-17 Ramadhan 1441H*
⌚ *10.00 pm*
💻 Aplikasi *GOOGLE MEET*
👳🏻‍♀️ *SELURUH PELAJAR DI MALAYSIA*

Kaedah pelaksanaan :

✅Setiap peserta perlu mendaftar dalam *google form* seperti link di bawah:
https://forms.gle/nvxiLkLpJq4MkQ6G9

✅Kumpulan peserta akan dimaklumkan melalui *email.*

✅ Setiap kumpulan tadarus akan diketuai oleh:
👨🏻‍🎓seorang *host* selaku *pengelola google meet* dan;
👳🏻‍♀️seorang pelajar Hafiz Quran selaku *penyemak bacaan.*
_Hal ini menepati syarat2 bagi melaksanakan *Majlis Khatam Al-quran* iaitu setiap individu mestilah *membaca, menyemak* dan *mendengar* bacaan individu yang lain dalam satu kumpulan._
_(rujuk pautan : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4376-irsyad-al-fatwa-siri-ke-471-hukum-membahagikan-bacaan-al-quran-mengikut-juzuk)_

✅Bacaan live tadarus akan berlangsung di *google meet* ( _link_ dan _code_ akan diberikan sehari sebelum tadarus bermula)

✅Bagi menjaga keselesaan dan kemaslahatan peserta lelaki dan perempuan, kumpulan tadarus akan diasingkan mengikut jantina.

✅Kemuncak program pada 17 Ramadhan 1441H iaitu *MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA ONLINE SECARA LIVE*

✅Pentadbir dan guru-guru BADAR sekolah-sekolah dialu-alukan menyertai program Tadarus & Khatam Al Quran Perdana Online yang akan diadakan pada *01-17 Ramadhan 1441H bersamaan 24 April - 10 Mei 2020.*

Sebarang pertanyaan boleh merujuk:
👳🏻‍♀️En.Abdul Hidir (013-6910522)
🧕🏻Pn.Robiatul Adawiah (013-2768283)
👨🏻‍🎓Al Amin Khirudin (016-8151741)

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900