Pro Agro
26/05/2026
Ramai pemilik kebun hanya sedar masalah apabila pokok mula sakit, hasil makin merosot dan kos pemulihan meningkat setiap tahun.
Lebih membimbangkan, ramai hanya bergantung kepada pekerja biasa tanpa kepakaran agronomi dan sains tanaman.
Akibatnya, simptom awal penyakit terlepas pandang, program pembajaan tidak tepat dan kebun kehilangan potensi hasil sebenar.
Jangan biarkan aset kebun bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit rosak perlahan-lahan tanpa sistem pemantauan yang profesional.
๐ฑ ๐๐๐ฅ๐ข๐๐๐๐๐๐ฏ๐ฒ๐ฌ ๐ฏ๐ ๐ฃ๐ฟ๐ผ ๐๐ด๐ฟ๐ผ
๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป, ๐๐๐ฑ๐ถ๐ & ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป secara profesional untuk pemilik kebun yang mahu menjaga โvalue assetโ mereka dengan lebih sistematik dan saintifik.
Kami bertindak sebagai โOrchard Asset Managerโ yang memantau kesihatan kebun anda secara berkala dengan SOP teknikal dan pendekatan berasaskan data.
๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐๐จ๐ก ๐๐ก๐๐?
Pro Agro akan datang ke kebun anda sama ada secara one-off audit atau lawatan bulanan berkala untuk menjalankan pemeriksaan, pemantauan dan merangka pelan pengurusan serta pemulihan tanaman secara profesional.
Antara skop kerja kami termasuk:
๐ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐ธ๐ผ๐ธ & ๐ง๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต
- Menilai simptom pokok, warna daun, pertumbuhan pucuk, keadaan akar serta memeriksa pH tanah, EC dan kelembapan tanah bagi mengenal pasti masalah nutrisi atau tekanan persekitaran.
๐ฆ ๐ ๐ผ๐ป๐ถ๐๐ผ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐ & ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐๐ฎ๐ธ
- Mengesan awal penyakit seperti Phytophthora, Fusarium, White Root Disease, Kanker Batang dan Serangan Ulat Pengorek sebelum merebak dan menyebabkan kerugian besar.
๐ท๏ธ ๐ง๐ฎ๐ด๐ด๐ถ๐ป๐ด & ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐ธ๐ผ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต
- Pokok yang menunjukkan simptom akan ditanda dan direkod untuk tujuan pemantauan berkala serta penilaian tahap kerosakan atau tekanan pokok.
๐งช ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฆ๐ข๐ฃ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป & ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป
- Kami menyediakan cadangan program pembajaan, foliar, pengapuran, pengurusan penyakit dan pelan pemulihan berdasarkan keadaan sebenar kebun serta fasa pertumbuhan pokok.
๐ณ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ถ๐น๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ธ๐๐๐ฟ & ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐๐ป
- Menilai keadaan saliran, rumpai, kebersihan kebun, kepadatan kanopi, pengudaraan dan risiko tekanan haba yang boleh menjejaskan produktiviti pokok.
๐ ๐๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ & ๐ฅ๐ฒ๐ธ๐ผ๐ฑ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น
- Setiap lawatan disertakan dengan laporan perkembangan, cadangan tindakan dan status pokok supaya pemilik dapat memantau keadaan kebun dengan lebih mudah dan sistematik.
๐จ๐ปโ๐พ Khidmat sesuai untuk:
โ๏ธ Pemilik kebun yang sibuk bekerja
โ๏ธ Pelabur kebun durian
โ๏ธ Kebun yang hasil tidak konsisten
โ๏ธ Kebun terbiar atau kurang pemantauan
โ๏ธ Pokok sakit atau memerlukan rehabilitasi
๐ Servis lawatan audit Pro Agro kini tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia.
Ubah kebun anda daripada liabiliti yang memakan kos kepada โproductive value assetโ yang memberi p**angan jangka panjang.
๐ Hubungi Pro Agro untuk Sesi Penilaian Kebun anda hari ini!
https://www.wasap.my/60123146439/Dr.Rizal
22/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ & ๐๐๐ ๐จ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐จ๐ก๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐จ๐
Membaja durian bukan sekadar tabur di hujung kanopi atau luar kanopi pokok. Ia adalah seni dan sains yang memerlukan pemahaman tentang keperluan tanaman, jenis tanah, topografi, cuaca dan juga peringkat fisiologi tumbuhan.
Terlebih dahulu, kenal jenis baja dan bahan asas baja kompaun yang sesuai untuk tanaman durian. Contohnya, tidak menggunakan sumber Nitrogen seperti baja spesifikasi tanaman sawit daripada sumber Ammonium Chloride, Rock Phosphate dan Muriate of Potash (MOP).
Sebaiknya, gunakan baja daripada sumber N seperti "Ammonium Nitrate", "Ammonium Sulphate", sumber P daripada "MAP" atau "DAP" dan sumber K daripada "SOP".
Kenal juga fungsi baja organik, bio-organik, semi-organik dan baja kimia. Selain itu, bagaimana unsur mineral seperti Zeolite, Azomite, Dolomite memainkan peranan serta fungsi Gypsum, Fulvic dan Humic Acid kepada pertumbuhan tanaman.
Perkara lain yang penting adalah bila masa tabur baja, kawasan taburan yang sesuai serta bilakah penggunaan tinggi P dan tinggi K.
Selain itu, jangkaan hasil dan harga input yang digunakan perlu dipadankan. Contohnya, pokok kampung berkemungkinan tidak sesuai menggunakan baja yang mahal, kerana harga jualan sekitar RM5-RM8. Jadi, pemilihan baja juga perlu ditentukan.
Pemahaman mengenai nutrien dalam baja tidak hanya tertumpu kepada NPK sahaja. Kenal juga keperluan penggunaan unsur seperti mikronutrien, bio-stimulant dan pelbagai unsur lain.
19/05/2026
๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ญโ๐ฏ ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐บ๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐ธ๐ผ๐ธ ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป
Fasa umur 1โ3 tahun merupakan tempoh paling kritikal dalam perkembangan asas pokok durian. Pada peringkat ini, pokok membangunkan sistem akar, batang dan kanopi awal yang akan menentukan kadar pertumbuhan serta kestabilan hasil pada masa hadapan. Gangguan pengurusan pada fasa ini sering menyebabkan pokok hidup tetapi membesar secara perlahan.
Masalah pertumbuhan terbantut lazimnya berpunca daripada akar yang tidak aktif, keadaan tanah yang padat atau berasid serta pembajaan yang tidak seimbang.
Sistem akar yang lemah akan mengehadkan penyerapan air dan nutrien, walaupun pembajaan dilakukan secara konsisten. Oleh itu, keutamaan pengurusan pada fasa ini perlu diberikan kepada kesihatan zon akar dan tanah.
Bagi menyokong pertumbuhan optimum, tanah perlu berada dalam keadaan peroi dengan saliran yang baik. Siraman tanah menggunakan bahan seperti ๐๐๐ถ๐ฑ ๐๐๐บ๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐๐ถ๐ธ, ๐๐ถ๐๐ต ๐๐บ๐ถ๐ป๐ผ ๐๐ฐ๐ถ๐ฑ (๐๐๐) serta mikroorganisma bermanfaat (๐ ๐๐ฐ๐ต๐ผ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ, ๐ง๐ฟ๐ถ๐ฐ๐ต๐ผ๐ฟ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ) merangsang perkembangan akar dan meningkatkan aktiviti biologi tanah.
Pada masa yang sama, pembajaan perlu dilakukan secara seimbang dan berkala, menggunakan ๐๐ฎ๐ท๐ฎ ๐ก๐ฃ๐ ๐๐ฒ๐ด๐ฒ๐๐ฎ๐๐ถ๐ณ, ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ถ-๐ผ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐ถ๐ธ, ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ ๐ผ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐ถ๐ธ dan disokong oleh ๐๐ฎ๐น๐๐ถ๐๐บ (๐๐๐ฝ๐๐๐บ, ๐๐ฎ๐น๐๐ผ๐ฟ) dan ๐ ๐ฎ๐ด๐ป๐ฒ๐๐ถ๐๐บ untuk tambahan untuk pengukuhan sel tisu pokok.
Kesimp**annya, fasa 1โ3 tahun bukan sekadar tempoh membesarkan pokok, tetapi fasa membina sistem. Pengurusan berasaskan prinsip agronomi yang betul pada peringkat awal akan menghasilkan pokok durian yang lebih stabil, responsif terhadap pembajaan dan berdaya hasil dalam jangka panjang.
Pengurusan ladang yang baik sentiasa bermula dengan asas yang kukuh pada peringkat awal pertumbuhan.
18/05/2026
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐๐ป ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ ๐๐๐ถ๐บ ๐๐๐ท๐ฎ๐ป โ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐ ๐๐๐น๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ฝ, ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ถ๐น
Musim hujan sering menyebabkan daun durian bertompok coklat "watersoaked" dengan lingkaran perang gelap, daun melekat/bercantum satu sama lain dengan kehadiran bebenang mycelium. Simptom ini dikenali sebagai hawar daun, yang selalu terjadi pada masa kelembapan tinggi. Jika tidak dirawat, daun akan mati dan gugur dengan banyak.
Apabila terlalu banyak daun sakit dan gugur, keupayaan pokok untuk menjalankan fotosintesis akan menurun. Kesan sebenar hawar daun selalunya bukan pada musim ini, tetapi pada musim berbunga seterusnya apabila pokok menjadi lemah dan simpanan tenaga berkurang.
Solusi paling berkesan bermula dengan pengurusan kebun yang baik.
Kanopi yang terlalu rimbun perlu dipangkas supaya pengudaraan lebih lancar dan daun cepat kering selepas hujan. Daun yang berpenyakit p**a perlu dibuang bagi mengurangkan sumber jangkitan di dalam kebun.
Daripada segi kaedah rawatan, racun kulat sistemik atau translaminar dengan bahan aktif Tebuconazole, Azoxystrobin atau Difenoconazole berkesan pada peringkat awal serangan.
Semburan perlu dibuat dengan teknik yang betul, terutama pada bahagian bawah daun, dan sebaiknya dilakukan pada waktu pagi.
Selain itu, pengukuhan tisu daun melalui bekalan Kalsium (Ca) serta mengelakkan lebihan Nitrogen pada musim hujan, dapat meningkatkan ketahanan daun terhadap serangan penyakit.
Perlu ingat, daun yang kekal sihat sepanjang musim hujan adalah asas kepada pembungaan dan hasil durian yang lebih baik pada musim akan datang.
Setiap kebun melalui cabaran tersendiri. Jika berdepan masalah di kebun, Pro Agro bersedia memberi khidmat nasihat kepada anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
No 15-G, Jasper Square, Jalan Sunsuria 1B/2, Bandar Sunsuria
Sepang
43900