Polis IPD Sepang

Polis IPD Sepang

Share

Photos from Polis IPD Sepang's post 11/06/2026

MAJLIS SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN YASIN DAN TAHLIL BULAN JUN 2026 PERINGKAT IPD SEPANG

SEPANG, 11 Jun 2026 – Majlis Solat Sunat Dhuha, Bacaan Yasin dan Tahlil Bulan Jun 2026 Peringkat IPD Sepang telah berlangsung di Surau Al Mizan, IPD Sepang dengan pengisian program yang berteraskan pengukuhan rohani dan kesejahteraan warga kerja.

Majlis tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Muhamad Azli Bin Basiron (BAKA) IPD Sepang dan dihadiri oleh YDH DSP Mohd Basirul Hapi Bin Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang, YDH ASP Hairol Nizam Bin Shokri, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sepang, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta warga IPD Sepang. Program ini telah mencatatkan kehadiran seramai 80 orang.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin serta tahlil bagi memohon keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan kepada seluruh warga IPD Sepang dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab seharian.

Turut diadakan bacaan doa khas buat warga IPD Sepang yang sedang mengalami masalah kesihatan dan diuji dengan pelbagai kesusahan agar diberikan kesembuhan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan. Selain itu, doa selamat turut dipanjatkan buat anak-anak warga IPD Sepang yang bakal menghadapi peperiksaan agar dikurniakan ketenangan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian, memupuk semangat kebersamaan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga IPD Sepang ke arah melahirkan pasukan yang sentiasa berintegriti, berdaya saing dan cemerlang dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

11/06/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MY DIGITAL MAMPU KEKANG PENIPUAN DALAM TALIAN

Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 - Sistem MyDigital ID berpotensi menjadi mekanisme penting dalam membendung jenayah penipuan menerusi ciri keselamatan tinggi yang sukar dipalsukan serta mampu memperkukuh proses pengesahan identiti pengguna.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah mengadakan dua sesi libat urus dengan MyDigital ID dan yakin penggunaan platform itu secara menyeluruh, mampu menghalang kegiatan penipuan daripada berlaku.

"Kita percaya apabila menggunakan MyDigital ID sepenuhnya, ia akan menjadi antara (mekanisme) yang boleh menghalang penipuan dalam talian," katanya pada sidang media selepas Acara Penghargaan Wira Bank 2026 di Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.

Mengulas kebimbangan mengenai kebocoran maklumat pelanggan, Dato’ Rusdi berkata, MyDigital ID dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang diyakini mampu mengurangkan risiko pemalsuan identiti.

"Kalau kita tengok dalam MyDigital ID itu, banyak punya ciri-ciri keselamatan dan kita percaya ciri-ciri keselamatan yang ada ini sukar ditiru, maknanya boleh mencegah daripada penipuan.

"Kita dah ada keterlibatan dan cuma sekarang ini yang diusahakan supaya dalam urusan yang digunakan di mana-mana bank itu menggunakan MyDigital ID," katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

11/06/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA INDIVIDU KENA TAHAN BERSAMA DADAH RM8 JUTA

Kota Kinabalu, 11 Jun 2026 - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama dadah bernilai hampir RM8 juta dalam beberapa serbuan di daerah ini.

Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah itu berjaya merampas dadah jenis Syabu sebanyak 159.8 kilogram daripada rangkaian pengedaran berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, pasukan operasi berjaya mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilihat sedang mengangkat kotak sebelum melarikan diri ke arah pusat beli-belah City Mall.

Katanya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan terhadap kotak berkenaan menemukan sembilan bungkusan dadah disyaki Syabu dengan anggaran berat 9.1 kilogram.

"Susulan penahanan itu, polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah diLuyang dan sekali lagi berjaya menemukan 64 peket plastik lutsinar yang dikoyakkan dan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

"Operasi diteruskan di sebuah hotel di pusat bandar raya dan menahan seorang lelaki serta wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengedaran dan penyalahgunaan dadah berkenaan," katanya pada sidang media di IPK Sabah, di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

10/06/2026

πŸ›‘οΈπŸ‘§ LINDUNGI ANAK DI ALAM DIGITAL

Kanak-kanak bawah 16 tahun lebih terdedah kepada risiko dalam talian dan masih memerlukan bimbingan dalam mengurus interaksi digital. 🌐

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Peranan ibu bapa penting melalui pemantauan, bimbingan keselamatan digital dan kawalan penggunaan media sosial. πŸ”’βœ¨

βœ… Pencegahan awal, perlindungan terbaik.

10/06/2026
Want your business to be the top-listed Recruitment Company in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang