PASTI Negeri Sembilan - Rasmi

PASTI Negeri Sembilan - Rasmi

Share

Photos from PASTI Negeri Sembilan - Rasmi's post 05/07/2026

πŸ† KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI NEGERI SEMBILAN 2026 πŸ†

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, tirai Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Negeri Sembilan 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang pada 4 Julai 2026 di Ultimate Sportshaus, Nilai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen yang telah mempamerkan semangat juang, disiplin, ukhuwah serta kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Kemenangan yang diraih adalah hasil usaha gigih, latihan berterusan dan kerjasama erat seluruh pasukan.

πŸ€ KEPUTUSAN RASMI BOLA JARING

πŸ₯‡ Johan: Rembau B
πŸ₯ˆ Naib Johan: Rembau A
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Kuala Pilah
πŸ… Tempat Keempat: Jempol

✨ Penjaring Terbanyak
Nur Fatihah Khayla binti Mohd Wahab (Rembau B)

⭐ Pemain Terbaik
Naura Aafiyah binti Muhammad Mukamil (Rembau B)

⚽ KEPUTUSAN RASMI BOLA SEPAK

πŸ₯‡ Johan: Rembau A
πŸ₯ˆ Naib Johan: Jempol
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Seremban A
πŸ…Tempat Keempat: Rembau B

✨ Penjaring Terbanyak
Muhammad Izzul Hariz bin Mohd Izwan (Rembau A)

⭐ Pemain Terbaik
Muhammad Atif Ziyad bin Mohd Jamri (Jempol)

πŸ† JOHAN KESELURUHAN

πŸ₯‡ KAWASAN REMBAU A

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan. Kepada kontinjen yang belum berjaya, jangan berputus asa. Teruskan berusaha, kerana setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang.

Sekalung penghargaan juga kepada semua jawatankuasa pelaksana, pengurus kawasan, guru-guru, jurulatih, ibu bapa, para penyokong serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Jumpa lagi di Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Negeri Sembilan yang akan datang dengan semangat yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih cemerlang.

"Bersukan Membina Jasmani, Berukhuwah Mengukuhkan Insani, PASTI Melahirkan Generasi Al Quran."

01/07/2026

✨ MEMPERKENALKAN KONTINJEN PASTI KAWASAN DARI SELURUH π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ ✨

Inilah 10 pasukan yang mewakili setiap daerah & bakal bersemuka dalam perlawanan nanti!

"Melahirkan Generasi Celik Al-Qur'an"

Want your university to be the top-listed University in Senawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


112-1, Jalan Lavender Heights 1, Pusat Perniagaan Lavender Heights
Senawang
70450