NADI Felda Pemanis 2

NADI Felda Pemanis 2

Share

Photos from NADI Felda Pemanis 2's post 13/03/2026

✨ BAZAR RAYA NADI FELDA PEMANIS 2βœ¨πŸŒ™

Jom meriahkan suasana Ramadan dan buat persiapan Syawal bersama komuniti kita! Pelbagai jualan, aktiviti menarik, dan perkhidmatan saringan kesihatan percuma menanti anda.

πŸ“… *Tarikh:* Sabtu, 14 Mac 2026 (24 Ramadan 1447H)
πŸ“ *Lokasi:* Dewan Terbuka, Felda Pemanis 2
⏰ *Masa:* 8:00 Pagi – 6:00 Petang

🎯 AKTIVITI MENARIK SEPANJANG HARI:

🩺 *Saringan Kesihatan PERCUMA*
πŸ’° *Kaunter Zakat Fitrah* (Amil Bertauliah)

* Slot 1: 10:00 Pagi - 12:00 Tengahari
* Slot 2: 3:00 Petang - 4:30 Petang
πŸš€ *NADI KidsVenture & NADI Preneur*
🎨 *Pertandingan Mewarna Kanak-kanak*
* (10:00 Pagi - 12:00 Tengah Hari)
* Kategori: 4-7 Tahun | 8-10 Tahun
πŸŽ€ *Pertandingan Menganyam Ketupat (Dewasa)*
* 10:00 Pagi - 11:00 Pagi
πŸ† *Kuiz Teka Teki Hari Raya*
* 2:00 Petang - 5:00 Petang

πŸ“ *Link Pendaftaran Pertandingan:*
πŸ‘‰ https://forms.gle/GgcRggQ3YaGBXZDQA

πŸ›οΈ APA YANG MENARIK DI BAZAR?

πŸͺ *Aneka Kuih Raya, Baulu & Kerepek*
🌿 *Periuk Kera, Sambal Garing & Chili Oil*
πŸ‘— *Pakaian Raya & Tudung Terkini*
πŸ“¦ *Produk Usahawan Tempatan*
πŸ“Έ *Booth OOTD Syawal (Bergambar Kenangan!)*

🎁 HADIAH ISTIMEWA UNTUK PENGUNJUNG:

---
πŸ“’ PANGGILAN TERAKHIR UNTUK USAHAWAN!

Tapak jualan adalah *PERCUMA*! Meja dan kerusi disediakan oleh pihak NADI.
πŸ“Œ *Tarikh Tutup:* Sebelum 14 Mac 2026 (Masih ada kekosongan!)
Daftar disini :- https://forms.gle/Ct4fvUCxFD2tZ5DC9

πŸ‘‰ *Hubungi Petugas NADI sekarang untuk tempahan tapak:*
πŸ“ž *Wasap: 60137295348* (Juan)

Jumpa anda di sana !

11/03/2026

Nak Bayar Bil? Jom ke NADI Berdekatan Anda

28/01/2026

Keselamatan Internet hari ini menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh.
Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berperanan memperkukuh perlindungan kepada rakyat, mengurangkan risiko jenayah siber serta memastikan generasi muda terus dilindungi daripada ancaman dalam talian.
Usaha ini menyokong pembentukan ekosistem Internet yang lebih selamat dan mampan, sekali gus memperkukuh keselamatan serta kedaulatan negara.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://mcmc.gov.my/en/onsa/home .

Keselamatan Internet hari ini menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh.

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berperanan memperkukuh perlindungan kepada rakyat, mengurangkan risiko jenayah siber serta memastikan generasi muda terus dilindungi daripada ancaman dalam talian.

Usaha ini menyokong pembentukan ekosistem Internet yang lebih selamat dan mampan, sekali gus memperkukuh keselamatan serta kedaulatan negara.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://mcmc.gov.my/en/onsa/home .

03/01/2026

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) memperkukuh tanggungjawab platform digital demi keselamatan pengguna.

Perlindungan kanak-kanak diutamakan, kandungan memudaratkan wajib ditangani.

Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama.

Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di
https://mcmc.gov.my/en/onsa/home

15/12/2025

Syukur Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC dengan mata 5-0 di pentas final.

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor dengan ini mengisytiharkan hari Isnin, 15 Disember sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan gemilang pasukan JDT menjuarai Piala FA 2025.

Walau bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada hari tersebut akan diteruskan seperti biasa, bagi memastikan persiapan calon-calon SPM serta kelancaran tugas semua petugas peperiksaan tidak terjejas.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas kepimpinan, iltizam dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa bola sepak tanah air, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan pasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa setia menyokong pasukan JDT. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan berterusan kepada seluruh warga pasukan JDT untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta membawa nama Johor ke pentas dunia. Insya-Allah.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR!
LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bangunan Balairaya, Jalan Sentosa, Felda Pemanis 2
Segamat
85009