FELDA Wilayah Segamat - RASMI

FELDA Wilayah Segamat - RASMI

Share

Photos from FELDA Wilayah Segamat - RASMI's post 21/05/2026

Program Field Day UPD
Tarikh: 20 Mei 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Field Day UPD di Palong Timur 2 anjuran FPMSB Wilayah Segamat.
Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Wilayah Segamat, Amyrul Hanafi Ahmad Halim bersama Pengawal Operasi FPMSB Wilayah, Tengku Habul serta Pegawai Pertanian FELDA Muhamad Faiz Jamburi. Kehadiran dan sokongan pihak pengurusan amat dihargai dalam memperkukuhkan usaha pengawalan penyakit UPD di rancangan FELDA Wilayah Segamat.

Ribuan terima kasih turut dirakamkan kepada semua 40 peserta yang terdiri dalama kalangan Pengawal Ladang FPMSB serta Ketua-Ketua Zon FELDA Wilayah Segamat yang telah memberikan komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.

Penghargaan khas juga diberikan kepada wakil pembekal iaitu Sufian Ariffin daripada GPlanter dan Dr Hamid daripada Kenso atas perkongsian ilmu serta demonstrasi penggunaan racun RA’IN (Acephate) dan Widex (Tiafencil) bagi kawalan UPD dan rumput secara lebih berkesan di ladang.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam meningkatkan pengetahuan teknikal, memperkukuh kerjasama strategik antara FELDA, FPMSB dan pihak industri serta membantu meningkatkan produktiviti ladang secara mampan.

28/04/2026

TERIMA KASIH

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Selamat maju jaya kepada Pegawai Pertanian, En Shahrul Afandi bin Mohd Ghazali, yang berpindah ke tempat baharu.

Warga FELDA Wilayah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di FELDA Wilayah Segamat.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


KM 5, Jalan GENUANG
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00