SweetBrowkies

SweetBrowkies

Share

22/12/2022

Keep motivation everydayy from Sweet Browkies🤩🤩

22/12/2022

Sweet Browkies nak share salah satu cara untuk menghilangkan stress..

Elakkan mengambil kopi ketika stress kerana kopi mempunyai dos kafein yang tinggi yang boleh mengakibatkan lonjakan tekanan darah dan boleh menyebabkan paksi hipotalamus-hipofisis-adrenal anda berlebihan.

Sebaliknnya, anda disarankan untuk minum teh hijau ketika stress. Minum teh adalah salah satu cara menangani stress dan tekanan yang sangat cepat dan mudah untuk diamalkan.

Teh hijau mengandungi kurang dari setengah kafein kopi dan mengandung antioksidan yang sihat serta theanine yakni sejenis asam amino yang mempunyai kesan menenangkan pada sistem saraf.

22/12/2022

Sweet Browkies nak kongsi dengan korang , Resepi mudah untuk buat Kek batik.. jom tengok..😊

BAHAN-BAHAN:
1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko, ayak
3/4 tin susu pekat

CARA-CARA:
1) Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan.
2) Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
3) Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
4)Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
5) Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
6) Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

22/12/2022

Haaa harini jomm kita belajar apa sebenarnya kepentingan vitamin C ni 🤔
Vitamin C merupakan nutrisi yang diperlukan tubuh untuk kepentingan tumbesaran, pemulihan dan menghalang radikal bebas yang menyebabkan penuaan semulajadi. Malahan, Vitamin C juga penting untuk pembentukan Kolagen, meningkatkan sistem ketahanan tubuh serta membantu penyerapan Zat Besi.
Kekurangan Vitamin C di dalam tubuh boleh mengakibatkan beberapa gangguan kesihatan seperti sakit sendi dan Anemia. Vitamin C mengandungi Asid Askorbik yang merupakan kunci utama untuk penghasilan Kolagen sebagai Protein untuk membuat kulit tetap sihat dan tidak mengendur.
Kolagen bersama dengan elastin akan menjaga kulit anda agar tetap sihat. Kolagen menghasilkan kekenyalan dan kekuatan kulit, sementara elastin menghasilkan keanjalan. Setiap hari tubuh memerlukan Vitamin C kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan Vitamin C dengan sendiri. Jadi, sebab itulah anda disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan makanan semulajadi seperti buah-buahan yang mengandungi Vitamin C.

21/12/2022

Tengok customer kita grab promo harini!! Korang yg lain cepat order sekarang!!!! Stock tak banyak tauuu!!!

21/12/2022

BAHAN-BAHAN:
- 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu besar gula

CARA-CARA:
1. Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul
2. Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
3. Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
4. Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
5. Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
6. Angkat dan hidangkan.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


LOT 9761, TL JSM A 336, Jalan MUAR, KG BATU 11, JEMENTAH
Segamat
85200