Fazri Classroom

Fazri Classroom

Share

20/03/2025
18/08/2024

“to focus on what is strong, not what is wrong”

Konsep ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan senario.Sebagai guru Pendidikan Khas yang menerima murid dengan pelbagai diagnos, konsep ini amatlah dekat dengan saya.

Sudah menjadi lumrah sebagai pendidik untuk bersifat menyelesaikan dan menyediakan intervensi kepada masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid namun konteks dan situasi tersebut agak berbeza dalam dunia Pendidikan Khas.

Pepatah di atas adalah sebahagian daripada falsafah kecil dalam Pendekatan Strength-Based, Talent-Focused yang saya terapkan dalam memastikan kemenjadian murid-murid Pendidikan Khas saya berada pada tahap optimum.

Sejak tiga tahun yang lalu, saya mengaplikasikan pendekatan inj dalam melihat sesuatu yang lebih baik dalam diri murid-murid Pendidikan Khas saya walau apa pun diagnos mereka. Pendekatan yang membantu merubah pemikiran saya sebagai pendidik ini memberi peluang kepada semua murid saya untuk berjaya pada bakat dan kekuatan masing-masing. Selain itu, pendekatan ini menghasilkan satu suasana dan persekitaran yang lebih baik.

Hakikatnya, idea pendekatan ini sangatlah mudah. sebagai manusia tiada siapa yg ingin dinilai berdasarkan kelemahan dan keburukan masing-masing. Jadi berlakulah adil kepada semua.

Begitulah cerita bahagian pertama ini. Nantikan bahagian seterusnya…

23/06/2024

All In One Price!

Dapatkan SOFTCOPY modul penulisan sekarang juga.

Sesuai untuk:

✅ murid Pendidikan Khas
✅ murid Pra Sekolah
✅ murid Tahap 1 sekolah rendah
✅ kanak-kanak 5-7 tahun

Harga terhad kepada 20 pembeli awal sahaja

Sekiranya berminat untuk mengetahui maklumat lanjut dan ingin membeli, sila tekan link di bawah

https://wa.me/60139830914?text=AllInOnePrice

Photos 28/05/2024

[SLOT 1]🎙 SIMPOSIUM
“Sahabat OKU: Apakah Peranan Kita?”

Pernah anda berhadapan dengan OKU?

Apakah tindakan anda sebagai orang tipikal apabila berhadapan dengan OKU?

Sekiranya di dalam kelas atau tempat kerja anda mempunyai golongan OKU, apa yang perlu anda lakukan?

Jom, kita ikuti simposium karnival Inklufest yang bertajuk :

SAHABAT OKU : APAKAH PERANAN KITA?

Bersama panelis muda yang sentiasa menjadi sukarelawan bersama dengan golongan OKU.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda semua. 🤩Penyertaan adalah secara PERCUMA!

Jom sertai kami:
http://surl.li/ttpfy

Want your school to be the top-listed School/college in Sandakan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Sandakan