Kelab Kucing K10

Kelab Kucing K10

Share

Photos from Kelab Kucing K10's post 18/06/2024

Terima kasih pemberi makanan wetfood tempoh hari .
Selamat hari raya haji semua ☺️
Pusat Jagaan Kucing K10 buka seperti biasa ya termasuk public @ perayaan .
Mari datang 😉

Photos from Kelab Kucing K10's post 09/06/2024

Rabu lepas admin ada pigi Pusat Jagaan Kucing ni & admin perasan ada wajah baru .

Ada yg nampak betul sudah lama hidup terbiar .
Ada juga yg sihat sihat & bersih , tapi tuan dorang tidak dapat jaga sudah (masalah kesihatan org rumah).
Ada juga bagi ‘alasan’ kucing dtg2 kerumah padahal jelas tengok kucing tu dipelihara dari kecil .
Kenapa kita sampai begitu sekali .
Kucing kampung pun perlu rumah & tuan seumur hidup .

Admin nasihat baik2 ya , tolong kalau sudah buat keputusan utk pelihara kucing dari kecil tu jagalah sampai dia tua. Tidak kira dia baka kampung atau baka sultan .
Dorang pun takut/terkejut tiba2 dihantar disini .
Pihak Pusat Jagaan Kucing mau reject pun berfikir dulu berkali kali , sebab disini terlalu ramai sudah kucing2 yg ‘dibuang’ .

Kepada orang yg ingin mencari & pelihara kucing , boleh datang ke sini utk adopt yang mana jentik hati kamu . Tengok2 la pegang2 tegur2 . Konfom ada tu .
Boleh jadi anda insan yg mampu ubah nasib diorang .

- A

05/06/2024

Terima kasih semua .
Terutamanya utk individu yg sanggup dtg dari jauh semata mata utk bawakan kucing disini makanan .
Kami hargai usaha anda utk membantu mereka .
Terima kasih b*k 😊

31/05/2024

Disini saya letak Google Map utk ke PUSAT JAGAAN KUCING K10 . Tepi jalan saja ni ada nampak signboard besar gambar kucing begini .

https://maps.app.goo.gl/m9v8wFJNkGzvgVJp7?g_st=iw

Photos from Kelab Kucing K10's post 31/05/2024

Saya mohon warga Tawau , jika ada yg sudi sedekah wetfood utk kucing di Pusat Jagaan Kucing K10 . Saya tengok stok mereka disini kebanyakan dryfood & pasir sahaja .
Memang kucing disini diberikan ikan rebus tetapi saya perhatikan ada juga kucing yg tidak mahu makan ikan rebus . Ada juga yg langsung tidak makan apa2 selain wetfood yg saya bawa . Lain kucing lain selera bkn mengada ngada . Kita cuba yg terbaik utk mereka .
Tidak elok juga utk kucing ni makan dryfood saja tanpa wetfood .
Boleh bawa terus ke Pusat Jagaan Kucing K10 @ contact saya kalau tidak berkesempatan tapi mau juga sedekah makanan , saya boleh ambilkan utk bawa ke sana . Terima kasih semua 🤲🏽

26/05/2024

Hai , Assalamualaikum…
Terima kasih kerana sudi menyokong page ini.
Admin akan cuba utk meluangkan masa di Pusat Jagaan Kucing K10 bagi memperlihatkan kehidupan kucing kucing ini disana.
Memperkenalkan gambar profile picture kita , kucing jantan dewasa tabby dark grey : si Shark .

26/05/2024

Hai , Assalamualaikum…
Admin Kelab Kucing K10 adalah tidak berbayar & merupakan org awam yg mempunyai kehidupan lain diluar pusat jagaan .
Saya terlibat dengan Pusat Jagaan Kucing K10 adalah atas dasar kasihan terhadap kucing serta secara rela (volunteer) & tidak terdaftar dibawah pusat ini.
Semoga kucing kucing di Pusat Jagaan ini mendapat perhatian org luar utk diadopsi / dijaga oleh pencinta kucing diluar sana .

Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service in Sabak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Telephone

Address


Tekan Sini Utk Ke Pusat Jagaan Kucing K10
Sabak
91000