mtasperempuan

mtasperempuan

Share

Photos from mtasperempuan's post 20/05/2026

15 Mei | Lensa sekitar Majlis Sambutan Hari Guru di Maahad Tahfiz As Sofa.

Warga Maahad Tahfiz As Sofa merakamkan setinggi tinggi penghargaan buat semua asatizah yang sentiasa istiqamah mendidik, membimbing serta mencurahkan ilmu dengan penuh keikhlasan.

Sesungguhnya, setiap usaha pengorbanan kalian menjadi cahaya dalam melahirkan generasi Al Quran yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

Selamat Hari Guru.

Photos from mtasperempuan's post 04/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Kempen Penjimatan Air dan Elektrik yang telah disampaikan oleh Ustazah Siti Mash*tah pada hari ini. 🌱💧⚡

Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menggunakan air dan elektrik secara berhemah dalam kehidupan seharian.

Semoga segala ilmu dan peringatan yang dikongsikan dapat dipraktikkan bersama demi menjaga alam sekitar serta mengelakkan pembaziran.

“Sedikit yang dijaga, besar manfaatnya.” ✨

Photos from mtasperempuan's post 03/05/2026

Throwback lensa sekitar Majlis Takrim Huffaz Al Quran Kali Pertama bagi sesi 2026 ✨

Photos from mtasperempuan's post 01/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Hafizah Al-Quran, alumni Maahad Tahfiz As Sofa atas pencapaian cemerlang memperoleh keputusan Straight A dalam SPM.
Semoga kejayaan ini menjadi bukti bahawa Al-Quran dan kecemerlangan akademik mampu berjalan seiring dalam melahirkan generasi unggul.

Perjalanan menuntut ilmu bukan sekadar mengejar kejayaan, tetapi membina jati diri dan akhlak.

Tahniah juga kepada semua calon SPM 2025, atas segala usaha dan pengorbanan.

Apa jua keputusan yang diperoleh, ingatlah bahawa ia bukan penamat perjalanan, tetapi sebahagian daripada proses pembelajaran kehidupan.

Setiap usaha yang telah dilakukan tetap bernilai di sisi Allah SWT. Semoga langkah kalian sentiasa dipimpin dengan keberkatan.

Want your school to be the top-listed School/college in Rembau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Rembau
71350