Bunga Raya Optics
28/05/2025
Polarized Lens Kuning
Alami pemandangan waktu malam lebih jelas dan selesa.
Dengan teknologi polarized lens berwarna kuning, ia akan menapis silau cahaya pelbagai arah. Secara langsung akan memberikan pandangan lebih jelas dan kontra warna lebih terang.
Sesuai untuk mereka yang sensitif silau cahaya di waktu malam terutama cahaya lampu kenderaan dari arah hadapan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca berkabus atau hujan.
__________________
Jom ke Bunga Raya Optics Bukit Beruntung dan Sri Serdang untuk pemeriksaan mata Percuma hari ini.
26/05/2025
Ketaatan dan Satu Hati
Salah satu perkara penting
untuk kita berjaya dalam
kehidupan dunia & akhirat
ialah sifat ketaatan dan satu
hati.
Rumahtangga pun akan lebih bahagia jika disemai sifat taat kepada ketua keluarga, satu hati, satu fikir, satu usaha & satu maksud kehidupan.
Lebih-lebih lagi dalam kehidupan beragama, pokok pangkalnya taat kepada Allah & Rasulnya barulah kehidupan sentiasa dalam bantuan dan rahmat Allah.
Batu-batu sungai ni disusun ikut kesesuaian posisi. Jika semua berebut nak di atas, tak taat apa yang diputuskan pasti tak dapat nak ditegakkan.
_______________________
Posisi kami bantu aspek penjagaan mata, jemput datang ke Bunga Raya Optics Bukit Beruntung (hingga jam 9.00malam) dan Sri Serdang (hingga jam 7.00petang) untuk pemeriksaan mata Percuma.
23/05/2025
Salam Jumaat 23.5.25
Jom perbanyakkan amalan kebaikan di hari jumaat penuh barokah.
Sekiranya dengan taufik dan hidayah Allah kita dapat beramal, jangan sesekali berpuashati dan berhenti setakat itu. Bahkan ajak dan sediakan ahli keluarga dan orang sekeliling untuk sama-sama perbanyakkan amal kebaikan.
Apabila semakin ramai yang memperbanyak dan usaha mengajak kebaikan, secara langsung keburukan akan terhindar dan berkurangan. Ingat, keburukan tak akan hilang dengan cara maki dan herdik.
________________
Nak ajak anda cek mata Percuma di Bunga Raya Optics Bukit Beruntung (hingga 9.00mlm) dan Sri Serdang (hingga 7.00petang)
14/05/2025
Hati terpaut di rumah Allah
Di mana saja kita berada, usahakan sentiasa ada hubungan dengan rumah Allah.
Yakni sentiasa hidupkan amalan masjid di dalamnya. Untuk kaum wanita boleh hidupkan amal di rumah masing-masing. Meliputi amalan dakwah, taklim wa taklum, ibadat dan khidmat.
Zaman Nabi dan sahabat masjid hidup amalan 24 jam. Semua permasalahan dunia dan agama dibentangkan di masjid.
Sepertimana pentingnya hospital, kilang, stesen minyak, kedai makan buka 24jam, lebih-lebih lagi masjid perlu dihidupkan 24 jam.
Hanyasanya orang yang memakmurkan masjid Allah beriman kepada Allah dan hari akhirat (hingga akhir ayat Surah At Taubah ayat 18)
Alhamdulillah mata dah empat ni, kalu tak nampak masjid parah. Siapa rabun tak nampak masjid, mohle ke Bunga Raya Optics Bukit Beruntung & Sri Serdang cek mata bior teghang! Huhuhu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Rawang
48300
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 21:00 |
| Tuesday | 10:00 - 21:00 |
| Wednesday | 10:00 - 21:00 |
| Thursday | 10:00 - 21:00 |
| Friday | 10:00 - 21:00 |
| Saturday | 10:00 - 21:00 |
| Sunday | 10:00 - 16:00 |