Mr. Lah Soya
20/01/2026
Penat kerja, tekak rasa haus sangat?
Salam warga group semua. Izin share sikit untuk legakan tekak yang kering petang-petang ni.
Ada yang dah try Soya & Taufufa kami kat area Medan BTP & Jalan Puteri 3?
Jujur cakap, kitorang punya Soya ni bukan jenis 'instant' atau bancuh tepung.
Memang proses sendiri kat rumah dari kacang sampai jadi air.
Freshness memang kitorang jaga betul-betul.
Target kami simple ja: Nak bagi masyarakat rasa Soya yang betul-betul rasa kacang, bukan rasa air gula semata.
📍 Mana nak cari?
Medan BTP (Tapak Parking): Ni open hari-hari! Kalau hari Isnin & Rabu ada pasar malam, lagi meriah.
Jalan Puteri 3 (Tepi Jalan): Yang ni khas untuk geng office! Buka Isnin-Jumaat (11am - 6.30pm). Sesuai sangat nak grab masa balik kerja.
Menu original :
✅ Soya 22oz (RM3) - Puas minum!
✅ Taufufa 12oz (RM2.50) - Tekstur lembut gila, cair kat mulut.
✅ Tauhu (RM6/5pcs) - Buat goreng petang-petang memang padu.
Singgah la j*p nanti.. terima kasih Support local business kita! 🤝🔥
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/wHonqbar9tKE7rkb8
18/01/2026
“Bila mata nampak semua sama, memang senang cakap: lelaki semua sama.”
Padahal yang sama cuma hasil.
Yang beza sebenarnya cara dia bekerja.
Macam dapur.
Dari luar, dapur biasa, steamer Apollo, steamer generator —
nampak lebih kurang: api, air, panas.
Tapi bila kau masuk dapur,
baru kau faham siapa yang penat,
siapa senyap,
siapa yang bayar kos paling mahal.
---
Dapur Biasa — Manual & Mengikat Masa
Masak soya atas api.
Kena kacau.
Tinggal sekej*p → berkerak → hangit → rosak satu batch.
Masak sikit tak apa.
Masak banyak?
Tangan dulu yang “untung”.
Hampir sejam berdiri:
jaga api, jaga bau, jaga periuk.
Siap masak pun belum habis —
basuh periuk berkerak lagi satu cerita.
Harga dapur ni:
Kau bayar dengan masa & tenaga.
---
Steamer Apollo — Kurang Penat, Banyak Sabar
Isi air 30–35 liter.
Api tekanan tinggi.
Hampir sejam tunggu sebelum wap keluar.
Bila wap keluar, soya masak tanpa kacau.
20 liter → 15–20 minit siap.
Tapi…
api kena kuat,
gas cepat habis,
silap timing sikit, hasil boleh lari.
Harga dapur ni:
Kau jimat tenaga, tapi bayar dengan gas & masa tunggu.
---
Steamer Generator — Senyap Tapi Jalan Laju
Air masuk automatik.
Elektrik + gas, tapi bukan untuk panas —
elektrik cuma pusing sistem.
Tekan suis.
5 minit wap keluar.
40 liter soya,
10 minit terus mendidih.
Tak kacau.
Tak tunggu lama.
Api tak perlu dera gas.
Harga dapur ni:
Modal awal tinggi,
tapi kau jimat masa, tenaga, dan mental.
---
So… sama ke semua dapur?
Hasil akhir?
Air soya tetap air soya.
rasa berbeza.
jalan ke hasil tu:
langit dengan bumi.
Dapur biasa → murah, penat, perlahan
Steamer Apollo → stabil, kuat makan gas
Steamer Generator → mahal awal, laju, konsisten
Soalan sebenar bukan:
“Yang mana sama?”
Tapi:
“Bisnes kau sanggup makan apa — masa, tenaga, atau modal?”
Ramai peniaga sanggup berpeluh setiap hari,
tapi berkira bila tiba masa
nak bayar alat yang boleh bagi dia hidup lebih tenang.
Yang sama cuma hasil.
Yang beza — harga yang kau bayar untuk sampai ke situ.
Bila ditanya dan
Kalau semua ni masih nampak “sama saja”,
mungkin masalahnya bukan pada dapur.
So sekarang aku tanya satu soalan ja:
Kau nak jimat duit hari ni,
atau nak selamatkan kos produk kau.
*SteamerGenerator tu pon ada side ruginya.
20/12/2025
Diam di tempat lama pun sebenarnya satu bentuk rugi.
Ayat ni ciklah dengar lama dah.
Baru sekarang dia betul-betul kena.
Dalam berniaga,
kita boleh buka hari-hari,
buat benda sama,
layan pelanggan macam biasa…
Tapi dalam diam,
pelanggan bergerak.
Kita tak.
Bukan sebab produk tak elok.
Bukan sebab orang tak s**a.
Selalunya sebab kita
terlalu selesa dengan cara lama.
Bila sampai satu tahap ni,
ciklah sedar satu benda:
Kalau cara tak berubah,
hasil pun takkan berubah.
walaupon umur makin meningkat
Tapi ciklah tak putus harap bertawakkal kepada Allah.
tiada istilah terlambat.
Belum terlambat untuk bertaubat.
Belum terlambat untuk betulkan cara kita berniaga.
Tak perlu ubah besar.
Tak perlu lompat jauh.
Dalam niaga kecil macam kami,
selalunya bermula dengan benda ringkas.
Cara bercakap.
Cara melayan.
Cara fikir yang lebih jujur dari semalam.
Yang bahaya dalam bisnes
bukan bergerak perlahan
tapi berhenti
dan panggil itu “cukup”.
cerita semalam. dapat amanah hantar air ke surau Jumaat.
done..
harini gerai dah buka ya. sabtu jam 8- 1tgh saja
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Rawang
48020
Opening Hours
| Monday | 15:00 - 21:00 |
| Tuesday | 12:00 - 19:00 |
| Wednesday | 15:00 - 21:00 |
| Thursday | 12:00 - 19:00 |
| Friday | 09:00 - 19:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |
| Sunday | 08:00 - 13:00 |