ASAD Financial Consultant

ASAD Financial Consultant

Share

18/01/2018

Ramai yang gagal untuk menguruskan kewangan dengan baik.

TIPS URUS KEWANGAN PERIBADI

1. Elakkan berhutang, terutama menggunakan kad kredit yang kenakan faedah tinggi. Jika guna kad kredit, pastikan bayar sepenuhnya setiap bulan. Kalau tidak, itu tanda kita berbelanja di luar kemampuan. Ramai bankrap disebabkan terperangkap dengan kadar faedah tinggi.

2. Beli barang berdasarkan nilai, bukan harga. Banyak barang bernilai berharga murah. Kopi di gerai tepi jalan dan di premis lima bintang sama saja. Apa yang membezakan ialah suasana. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

3. Usah kejar beli kereta dan handphone baru. Apabila habis bayar ansuran kereta, tak perlu tukar kereta baru. Saya gunakan kereta swift model lama berusia tujuh tahun. Masih elok. Insuran pun murah.

4. Elakkan beli perabot, peti sejuk, tv atau handphone secara hutang. Kadar faedah pinjaman peribadi tinggi, sama seperti kad kredit. Amat tak berbaloi. Elakkan berhutang dengan COURT atau SINGER.

5. Elakkan menjadi penjamin bagi pihak orang lain.

17/01/2018

Untuk Pengetahuan semua: Antara Elemen2 kenapa Bank Reject Loan anda: Tlg paham tentang DSR & NDI

DSR > NDI > LOAN DECLINE
=======================

DSR - Debt Service Ratio
--------------------------------
Elemen biasa dalam meluluskan pinjaman. Maksimum komitmen sebulan yang tidak melebihi paras yag ditetapkan (biasanya 40%-60%-85% mengikut fasiliti)

NDI - Net Disposable Income
------------------------------------
Elemen kedua dalam kelulusan selepas DSR diambil kira. Mengambil nilai baki pendapatan selepas penolakan SEMUA pembayaran pembiayaan tidak kurang paras sihat (e.g 1000 sub-urban, 1600 urban)

Want your business to be the top-listed Finance Company in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


RAWANG
Rawang
48000