Get It Tuned
29/04/2026
Semua orang yang kita bagi cuba pandu uji kereta kami, semua tanya benda sama “Ni semua standard ke”?
Padahal, dua² kereta tu dah masuk penggantung boleh laras (adjustable) + PillowBall lagi + bush nylon fit. Kombinasi ni selalu dianggap “keras”.
Tapi yang pandu-uji tu boleh p**ak sangka kereta kami semua standard.
Senang cakap, semua yang orang selalu kata buat itu keras ini keras, tapi bila rasa sendiri, semua tu lansung takde.
Jadi, nak percaya orang yang tak pandai buat (tempat lain), atau nak percaya bukti yang anda sendiri dah pandu uji, pegang steering.
Lembut tapi tak membuai lansung, brek cengkam padahal saiz standard, tayar tebal tapi selekoh tajam + selesa lalu jalan rosak, tak melantun, PillowBall + adjustable lembut = TAPI SEMUA YANG PANDU CAKAP NI SEMUA MACAM STANDARD.
Apabila kita tunjuk bawah fender (adjustable), tunjuk pakai PillowBall, tayar tebal, guna bushing yang orang selalu kata keras tu, semua jadi pelik.
Sebab itulah, semua perlu berasaskan ilmu, akademi. Bukan cuma tahu satu dua benda, tahu jenama, tahu bahan, dah.
Padahal ada faktor spesifkasi teknikal, faktor rekabentuk, ukuran, kombinasi kompleks, konfigurasi, penalaan, bermacam benda. Tapi tulis panjang macam mana pun, akhirnya orang cuma tahu satu dua benda. Lepas tu menghukum macam tahu semua.
Tapi terp**ang. Orang lain yang dah buat elok je. Myvi, Vios, Dmax, Hilux, Navara, pakai bush yang orang cakap keras, tapi elok je sedap memandu. Takde isu apa. Elok lembut macam standard.
Itulah pentingnya amalan STEM (Saintifik, Teknikal, Engineering (Kejuruteraan), Matematik).
Kalau main agak², teka teki, ikut², itu lansung takde nilai kejuruteraan. Sikit² jenama, sikit² barang import, sikit² barang JDM. Sila tanya yang dah buat. Dah tak payah nak buang masa dengan teori yang cuma teori. Dah tak payah selalu buat jajaran.
Layan boosting pun sedap. Tak penat pegang steering. Brek jadi cengkam. Yang pernah kemalangan pun dah jadi tegap.
Geometri bukan soal jenama, usia. Lansung tiada kaitan. Tapi elok la tak percaya. Boleh cuba dulu buat semua benda.
Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.
📍Rawang.
Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
06/04/2026
Memang kita buang je semua camber bolt jenis boleh laras ni. Dah terbukti tak diperlukan.
Ada yang baru dapat tahu lower arm tak sama.
Ada yang baru dapat tahu knuckle tak sama.
Ada yang baru dapat tahu Steering Rack walaupun baru tukar tapi bush lembik.
Ada yang baru dapat tahu selama ni komponen besar tak simetri.
Ada yang tukar driveshaft sebab salah sangka punca steering gegar waktu laju.
Ada yang dah banyak kali servis brek sebab bergegar.
Macam² lagi.
Selepas buat, steering rasa ketat macam kita sengaja tukar tayar lebar, padahal tayar yang sama.
Brek jadi cengkam, macam kita tukar disk besar percuma, padahal brek semua masih asal standard.
Kereta layan selekoh badan rasa tegap je, macam kita sengaja pasang bar diam² bagi benda percuma, padahal takde apa benda tambahan pun.
Laju 170kmj dulu steering gegar, sekarang tak rasa apa pun 170kmj. Sentuh steering je. Tak payah nan berpaut penat pegang steering.
Tapi siapa je yang faham benda ni. Kecuali yang dah buat je.
Macam mana p**a jajaran boleh jejas semua ni?
Itu beza faham sekadar bab camber toe, berbanding betul² tahu keadaan sebenar secara menyeluruh sesebuah kereta.
Kereta bukan objek kartun ringkas 2 Dimensi. Ia objek kompleks 3 Dimensi. Bukan cerita lurus kiri kanan je. Banyak benda.
Yang tahu je tahu.
Lokasi kami di je.
Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.
Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.
28/03/2026
Cukup ke apabila buat jajaran dapat Thrust Angle = 0?
Dah terbukti, TAK CUKUP.
Selagi geometri tak dibetulkan, ia tetap bukan lurus yang sebenar. Sebab tu yang pegang steering tu akan rasa ada yang tak kena.
Lurus yang sebenar hanya boleh didapati selepas geometri komponen dibetulkan.
Tukar la baru berapa kali pun. Tukar la semua lower arm, Absorber, Steering Rack, tayar. Tukar semua. Belum tentu selesai.
Setakat tukar tu, mudah je. Tapi yang lain tu, yang tahu je tahu.
Bukan sebab isu kereta lama. Kereta baru pun sama je.
Lambat atau cepat je isu akan muncul.
Tiada cara lain untuk atasi isu jajaran. Bermula daripada yang paling asas.
Asas gagal, buang masa je buat yang lain. Terpaksa la buat jajaran setiap berapa bulan atau km.
Padahal yang dah buat jajaran geometri, dah tak payah fikir.
Brek pun jadi stabil, bumping pun dah rasa lain. Selekoh lebih tegap. Padahal Absorber spring kekal standard tinggi. Takde tukar apa pun.
Sebab itu naik la mesin apa pun, ia takkan menjelaskan isu geometri. Ia isu yang sangat halus & teknikal.
Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.
Lokasi kami di je.
Terima Kasih🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No.45 Jalan Bayu Permai 5, Taman Bayu Permai,
Rawang
48000