Dynamic Traffic System Sdn Bhd
25/05/2026
08/05/2026
π Site Attend β Simpang Padang Polo, Ipoh
π
07 Mei 2026 (Khamis)
π§β¨Kerja-kerja pemasangan lampu Saber Light telah dilaksanakan di kawasan Simpang Padang Polo, Ipoh bagi meningkatkan tahap pencahayaan serta keselamatan di lokasi terlibat.
Pemasangan ini bertujuan memastikan sistem pencahayaan berfungsi dengan lebih efisien dan membantu meningkatkan keterlihatan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malamππ‘.
22/04/2026
π
Date: 20/4/2026(Monday)
πSIMPANG MBSA SEKSYEN 7!
Kerja-kerja penambahbaikan telah berjaya dilaksanakan di lokasi ini πͺ
Antara kerja yang terlibat:
π· Pemasangan Kamera PTZ
β±οΈ Tetapan Countdown 800
π‘ Tetapan Sistem Radar
Semua ini dilakukan bagi memastikan sistem trafik lebih lancar, efisien dan selamat untuk semua pengguna jalan raya π¦β¨
Swipe / lihat gambar untuk perubahan sebelum, semasa & selepas πΈ
08/04/2026
π
3 April 2026
π Simpang Avenue Bangi
Kerja penambahbaikan komponen AI telah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan ini. Inisiatif ini turut meningkatkan kecekapan sistem kawalan trafik serta membantu mengurangkan kesesakan, di samping memastikan pemantauan yang lebih sistematik dan responsif terhadap perubahan aliran kenderaan.
Usaha ini diharap dapat memberikan keselesaan dan keselamatan yang lebih baik kepada semua pengguna jalan raya.
02/04/2026
π’ Lawatan Sambil Belajar ke Dynamic Traffic System Sdn. Bhd.
Pada 2 April (Khamis), seramai 30 orang pelajar dari Kolej Vokasional Port Dickson yang mengikuti program Teknologi Elektronik telah berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke syarikat Dynamic Traffic System Sdn. Bhd.
Lawatan ini telah diadakan bermula pada jam 10:30 pagi hingga 1:00 petang. Sepanjang lawatan, para pelajar didedahkan dengan aplikasi sebenar teknologi elektronik dalam industri sistem trafik, di samping memperoleh pengalaman berharga serta pengetahuan baharu yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka.
Pihak Dynamic Traffic System Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kolej Vokasional Port Dickson atas kesudian mengadakan lawatan ini.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada para pelajar.
Terima kasih π
01/04/2026
π’ Kemasukan Intern Bulan Mac di Dynamic Traffic System Sdn Bhd π
Alhamdulillah, kami berbesar hati menerima kehadiran para pelajar praktikal bagi sesi bulan Mac di Dynamic Traffic System Sdn Bhd! π
Selamat datang diucapkan kepada semua intern yang telah memilih kami sebagai platform untuk menimba ilmu dan pengalaman industri. Semoga tempoh latihan ini dapat memberikan pendedahan yang bermanfaat, meningkatkan kemahiran serta menjadi langkah permulaan ke arah kerjaya yang cemerlang.
Kami di Dynamic Traffic System Sdn Bhd komited untuk membimbing dan menyokong anda sepanjang tempoh latihan ini. Jangan segan untuk bertanya, belajar, dan mencuba perkara baharu! π‘
Selamat maju jaya dan semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang bermakna buat semua. πΌβ¨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
NO 52, Jalan SEROJA 5D/2, SEC BS6, BUKIT SENTOSA
Rawang
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 12:30 |
| 14:30 - 18:00 | |
| Saturday | 09:00 - 12:30 |