Definisi Melayu
KEMATIAN YANG MULIA DAN DICEMBURUI!
LIMA MINGGU LEPAS, ARWAH LARI FULL MARATHON, PADA 23.10.2025 ARWAH TAK MAMPU BERJALAN KE BILIK AIR
Saya tidak mengenali siapakah Cikgu E. Namun, saya hanya mampu memerhati dan mendoakan dari jauh atas kecekalan beliau mengharungi dan melawan kanser buah pinggang, kelenjar dan paru-paru.
Mengapa saya kata pemergian arwah amatlah mulia dan dicemburui? Kerana belia tahu masa beliau sudah singkat dan beliau sempat untuk bertaubat dan mendekati diri dengan Allah SWT. Berapa ramai yang ada peluang begitu?
Cara pemergian arwah juga amatlah indah memandangkan ramai sahabat-sahabat yang hadir dari jauh untuk memberi semangat di hujung hayat arwah dan arwah masih tersenyum setiap kali gambar arwah diambil. Dari situ kita tahu betapa baiknya hati arwah walhal Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakitnya penderitaan arwah untuk menahan penyakit-penyakit kanser.
Dalam banyak-banyak terbitan yang dikongsikan oleh arwah yang paling menghayat hati saya adalah ”Dan yang paling menyentuh hati saya, lima minggu lepas, saya baru saja berlari full marathon sejauh 42 kilometer. Kuat, sihat, penuh semangat. Tapi hari ini, saya tak mampu berjalan walau beberapa langkah ke bilik air”.
Teringat saya kepada nasihat Rasulullah SAW yang mana "Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara, waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, waktu sehatmu sebelum waktu sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, dan hidupmu sebelum datang matimu." (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak-nya)
Nasihat kepada diri saya dan semua, Ajal dan maut tidak kira muda atau tua. Gunakan dan syukuri nikmat yang Allah SWT berikan dan kita gunakan sisa hayat kita dengan sebaiknya.
Ya Allah SWT, Maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ | | آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
🏴 Definisi Melayu 🏴
Ada orang rezki hidup apalah sangat...
Namun bila mati rezkinya..MasyaAllah
30/07/2025
Kami Unit Sukan TV RTM ingin memberikan khabar duka bahawa pengulas sukan kami saudara Fuad A.Rahim atau Art Rahim telah pergi meninggalkan kita kira-kira jam 3.30 petang tadi 😭
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali”
Sesungguhnya kami merasa amat berdukacita dan marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
Al-fatihah.
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
🤲 آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن 🤲
Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai penganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Allahumma Aaamiin Ya Rabbal Aalamiin.
🏴 Definisi Melayu 🏴
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000