ARIIB ASBATH Ariib Asbath, seorang pelajar Madrasah RTMS yang baru berusia 11 tahun. Kisah bagaimana Arib didorong masuk ke madrasah oleh keluarganya boleh menjadi contoh terbaik, khusus dalam membentuk seseorang menjadi luar biasa. Ariib masuk ke Madrasah RTMS pada 28 Ogos 2022, dan dalam masa yang singkat, dia telah menunjukkan perkembangan yang sangat membanggakan. Mulanya, Ariib seorang yang sangat pemalu dan jarang bercakap. Kalau bercakap, suaranya sangat perlahan dan sukar didengar mungkin kerana tahap keyakinannya berdepan dengan orang lain, rendah. Namun, siapa sangka bermula dari seorang yang pendiam, kini lahir seorang pelajar yang berani bersuara jelas terutama ketika membaca al-Quran. Seiring waktu berlalu, perubahan positif dalam diri Ariib amat ketara. Hari ke hari, kualiti bacaan Qurannya semakin baik. Seperti pelajar alin, Ariib bermula dengan menghafal bacaan solat. Selepas itu, dia teruskan ke buku Iqra dan kini sudah mampu membaca al-Quran dengan lancar. Kecepatan Ariib dalam menerima pembelajaran sangat mengagumkan. Bukan sahaja dia mampu mengatasi rakan-rakan sebayanya, malah prestasinya lebih baik daripada beberapa pelajar yang lebih berumur daripadanya. Sangat menyentuh perasaan apabila Ariib selalu membawa pesan ibunya iaitu, "Ibu mahu kamu pandai dalam agama." Kata-kata itu bukan saja tersemat di hati Ariib, bahkan menjadi motivasi buat Ariib untuk terus berusaha memperbaiki diri dan ilmu agamanya. Tidak hairanlah dia kini berada di barisan hadapan dalam kelasnya, menjadi contoh kepada pelajar lain. Kisah Ariib Asbath menjadi inspirasi buat kita semua, terutama dalam menghargai kepentingan ilmu agama dan bagaimana sokongan keluarga mampu mengubah kehidupan seseorang. Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah, MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8 Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6 Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai-perbelanjaan-dan-pengurusan-pelajar-madrasah-rtms/ -tangau-
Tahukah pembaca, dalam kalangan pelajar madrasah RTMS ada di antaranya yang tidak menguasai 3 kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira? Oleh itu, selain belajar bacaan solat, Iqro, al-Quran dan pelajaran Fardu Ain yang lain, di madrasah juga anak-anak berkaitan diajar kemahiran asas ini. Hamizan misalnya, sewaktu mendaftar masuk ke Madrasah RTMS ini, kemahiran membacanya masih lemah. Kini, dengan adanya bimbingan dari staf pembimbing 3M, Hamizan sudah pandai mengeja dan membaca perkataan demi perkataan. Alhamdulillah, Hamizan hanya perlu rajin membaca buku-buku bacaan untuk meningkatkan lagi kualiti bacaannya. Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah, MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8 Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6 Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../ -Alboloki-