RELA Daerah Ranau
27/04/2026
Latihan kawad RELA merupakan asas penting dalam membentuk disiplin dan jati diri anggota. Ia melatih kepatuhan terhadap arahan serta meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.
Selain itu, kawad menekankan keseragaman pergerakan yang mencerminkan kekemasan dan profesionalisme pasukan. Latihan ini juga membantu meningkatkan fokus anggota agar sentiasa peka dan mengelakkan kesilapan.
09/04/2026
Jagalah adab ketika berkomunikasi tanpa mengira umur, keturunan, pangkat dan walau di mana kita berada.
βπ©ππ
π π©πππππ π©ππ
πππ π²πππβ
20/03/2026
Syawal menjelma penuh cahaya,
Ampun dipinta ikhlas di dada.
Salam Aidilfitri kami hulurkan,
Semoga silaturahim terus berkekalan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batinπβ¨
Semoga raya ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat kita semua. β€οΈ
13/03/2026
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN P179 RANAU, RELA DAERAH RANAU DAN KELAB HARAPAN RANAU SABAH
Tarikh: 9 Mac 2026
Tempat: Dewan Kg. Sinarut Baru, Ranau
Program Memasak Bubur Lambuk dan Pengagihan Bubur Lambuk ini telah dilaksanakan hasil kerjasama antara Pusat Khidmat Parlimen P179 Ranau, RELA Daerah Ranau serta Kelab Harapan Ranau Sabah sebagai salah satu inisiatif kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi, pertubuhan dan masyarakat setempat.
Melalui aktiviti gotong-royong memasak, program ini berjaya menyemarakkan semangat kerjasama yang menjayakan program ini. Bubur lambuk yang disediakan ini kemudiannya diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Kedai Kien Hong Ranau serta Petugas Tetap RELA dan Staf JPN RANAU, JPJ RANAU dan Imigresen Daerah Ranau bagi memberi peluang kepada masyarakat Ranau untuk bersama-sama merasai kemeriahan serta keberkatan program ini.
Program ini turut dihadiri oleh Warga RELA Daerah Ranau, Pejabat Parlimen P179 Ranau serta ahli Kelab Harapan Ranau Sabah yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
RELA Ranau, Setia Berbakti !
18/02/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Aras 2, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 1116
Ranau
89300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 08:00 - 11:30 |
| 14:00 - 17:00 |