OLIVE Synergy Resources
04/05/2021
KEHEBATAN MINYAK HABBATUS SAUDA
Antara kajian dan penelitian terawal tentang manfaat Habbatus Sauda ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatus Sauda mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya”. (“Canon Of Medicine” by Abecene)
Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus.
Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.
Jom beramal dengan Minyak Habbatus Sauda keluaran Olive House
www.wasap.my/60123375087
17/11/2020
ZAITUN : RAJA' SEGALA TUMBUHAN !
1. Banyak ayat tentang tumbuhan disebut dalam Al-Quran. Namun Zaitun termasuk antara tumbuhan yang Allah pilih utk sebut khusus namanya. Ayat tentang Zaitun ada sebanyak 7 tempat di dalam Al-Quran :
- al-An'am, 99 & 141
- an-Nur, 35
- an-Nahl, 11
- al-Mukminun, 20
- 'Abasa, 29
- at-Tiin, 1
2. Allah berfirman :
يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ ٱلزَّرۡعَ وَٱلزَّيۡتُونَ وَٱلنَّخِيلَ وَٱلۡأَعۡنَٰبَ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ..
"Dia juga menumbuhkan bagi kamu dgn sebab hujan itu tanaman² dan pokok Zaitun dan Kurma serta Anggur, dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yg demikian mengandungi satu tanda (yg membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yg mahu berfikir." (an-Nahl, 11)
3. Dalam surah at-Tiin ayat 1, Allah menyebut Zaitun dgn lafaz sumpah وَالزَّيْتُوْنِ bermaksud "Demi Zaitun". Kata Mufassirun, sesuatu yang Allah bersumpah dgnnya di dalam Al-Quran adalah kerana Allah ingin menarik perhatian manusia utk lebih fokus dan mengambil berat kepada perkara yg disumpah tersebut. Sungguh Zaitun terpilih!
4. Manfaatnya? Pusinglah di serata pelusuk dunia, tidak ada pakar perubatan / perawatan yg boleh menafikan peranan dan kekuatan tumbuhan hebat ini dalam membantu menyelesaikan masalah kesihatan manusia. Betapa ribuan kajian santifik telah membuktikan kehebatannya! Samada masalah luaran (kulit dan rambut) atau dalaman (organ², sel² dan keseluruhan sistem tubuh), dari kepala sampailah ke kaki. Masalah jantung, itulah mainan biasa zaitun dan sebab lazim ia dicari.
5. Bahasa dalam Al-Quran, Hadis dan bacaan² sains banyak menyebut Zaitun dgn cara umum dan difahami sebagai pokoknya atau buahnya. Namun, jelas kita ketahui khasiat terbaik dan paling optimum utk kita dapatkan dari tumbuhan terbaik ini adalah melalui minyaknya. Nabi SAW juga bersabda :
كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوْا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ
"Makanlah MINYAK Zaitun, dan berminyaklah dengannya, sesungguhnya ia datang dari pohon yg diberkati." (HR Tirmizi)
6. Terakhir. Kenapa ia diangkat sebagai tumbuhan terbaik? Hingga ada ahli nutrisi dunia menggelarnya sebagai Raja Tumbuhan? Di dalam Zaitun terkandung sejenis Antioksidan disebut 'Hydroxytyrosol', ia adalah jenis antioksidan terbaik di dunia! Dan lebih hebat lagi ia tiada dalam tumbuhan lain di dunia ini, satu²nya hanya di dalam zaitun! Ma sya Allah! Ingat, tumbuhan 'diburu' dalam bidang kesihatan sebab utama kerana kandungan antioksidannya. Barangkali 'raja' Antioksidan inilah yg mengangkatnya menjadi 'Raja Segala Tumbuhan'!
Jom Sihat Cara Rasulullah, Sama² Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
01/11/2020
CARA MINUM MINYAK ZAITUN YANG PERLU ANDA KETAHUI
Umumnya mengetahui kelebihan minyak zaitun yang bukan sahaja sebagai makanan bernutrisi tinggi namun ianya boleh membantu proses menurunkan berat badan dan boleh mencantikkan kulit. Terlebih dahulu perlu pastikan ianya adalah dari jenis ‘extra virgin’ yang terbukti keasliannya.
Tips 1 – Waktu Minum Minyak Zaitun
Anda disarankan minum minyak zaitun semasa perut kosong di waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Hal ini kerana usus terlebih dahulu menerima minyak zaitun dan menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk ke dalam perut. Kaedah ini berkesan untuk membantu masalah sembelit dan juga melanacarkan sistem pencernaan.
TIPS 2 – Kaedah Minum Minyak Zaitun
Penggunaan yang paling ideal untuk minum minyak zaitun adalah dengan meminumnya begitu sahaja tanpa kapsul atau menambah apa-apa medium lain. Ini kerana bagi memaksimumkan khasiat diserap terus sebaik sahaja menyentuh lidah sehinggalah ke usus.
TIPS 3 – Kekerapan Minum Minyak Zaitun
Untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa peyakit, anda disarankan untuk minum minyak zaitun 2 kali sehari iaitu 1 sudu pagi dan 1 sudu waktu malam untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya, anda mungkin memerlukan sukatan yang lebih seperti 2 sudu sekali ambil dalam tempoh masa yang lebih singkat antara pengambilan.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
08/10/2020
Mitos Semut dan Madu.
Jika anda mendengar madu yang tidak dihurung oleh semut adalah madu asli ; ternyata ia suatu mitos.
Madu adalah terdiri dari gula fruktos dan glukos bahkan kepekatannya lebih tinggi dari air gula kerana ia gula yg supersaturated . Jadi bagaimana mungkin madu tidak dihurung semut?
Bahkan kalau ditanya kpd pakar kawalan semut, madu adalah perangkap yg berkesan untuk semut.
Jadi dari manakah datang mitos ini?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Putrajaya
62675